Bila dah kaki pancing tu.. macam-macam la caranya agar dapat memancing juga. Di daratan, aku tak berapa pandai memancing ikan liar sama ada di lombong, sungai mahupun tasik. Maklumlah buta lubuk. Masih tak berapa mahir dengan teknik-teknik casting dan sebagainya.
Oleh kerana tiada pilihan selain pengalaman yang kurang, disebabkan terlalu extreamnya kegilaan terhadap hobi yang dilabelkan sukan ini, kolamlah menjadi tumpuan. Sebab dah tahu ada ikan. Cuma bagaimana nak menawan si penghuni kolam berbayar ini.
Bila terbit idea untuk merealisasikan midnight air tawar yang di ilhamkan oleh seorang pemancing dari p.net, aku membodek rakan sekepala untuk mengetuai acara tersebut. Oleh kerana kami semua tiada pengalaman memancing kolam berbayar air tawar ini, maka r n d perlu dilakukan untuk memastikan apakah teknik dan umpan yang sesuai untuk menjerat penghuni kolam.
dari kamera Tuan Azhar |
Maka bermulalah testing demi testing... sampailah berjumpa formulanya...iaitu bancuhan dedak dan ramuan makanannya. Pelik-pelik makanan ikan air tawar ni tak seperti memancing ikan laut/air masin. Sebab tu ramai pemancing air tawar ni kadang-kadang(tak semua) agak kedekut ilmu dan ada yang sanggup tipu umpan, rahsia kononnya. Maklumlah, umpan cari makan.
Dari penyediaan perambot mata kail.penyediaan umpan, sampai la ke spot lubuk pun nak kena kawtim untuk memancing kolam ni. Pelbagai tanggapan dan andaian aku buat untuk pastikan teori pemancing-pemanicng ni tak betul. Namun nampaknya teori aku yang tak betul dan perlu ikut rentak dan cara pemancing kolam berbayar air tawar. Lain kolam lain caranya.
dari kamera Tuan Azhar |
Begitulah bermula episod memancing kolam berbayar kolam air tawar yang dah lama aku tinggalkan sejak tak duduk Pahang. Dulu masa bekerja di Pahang, tu je la hiburan yang ada semasa bujang. Tapi cara dulu dengan sekarang agak berbeza. Dulu umpannya hanya dedak bancuh untuk boleh dikatakan semua spesis ikan. Sekarang ni macam-macam la pulak. Dari hasil R n D tersebut maka membuahkanlah hasil dan menjadikan aku seorang penagih. Menggigil kalau tak memancing seminggu. Tambahan pula ikan yang dipancing boleh dijual balik pada pihak kolam ataupun akan ada mat-mat bangla yang akan borong ikan tersebut dan ada masa untung banyak.