Ahad, 12 Februari 2017

Trip mengumpul

Ok, sebenarnya ini bukan trip pertama team 'root seekers' membuat 'collection' akar-akar kayu yang dijadikan formulasi 'gagah' dan 'ayu' ini.

Cuma untuk kali ini, kita nak kongsi bagaimana proses penyediaan dilakukan dari awal.

Ye sudah tentu yang paling asas dan awal adalah seawal pagi mesti kena masuk hutan. Setelah mesyuarat ringkas dan minum pagi, kami akan menuju ke lokasi seperti yang diracangkan. Untuk trip kali ini, kami ke Bukit Hutan Janda Muda.


Tugas masuk hutan dan mencari akar kayu ni akan di uruskan 'sengseh' kami dan akan dipandu oleh 'tokmoh' selain kami-kami yang ada ni sebagai jurugambar dan juru cabut.


Proses mengecam pokok akar kayu ni memerlukan penelitian dan focus. Kalau sekali imbas, kita akan nampak semuanya sama saja... Hijau.

Tapi pengalaman dan kepekaan otai-otai yang bersiaran bersama kami sedikit sebanyak membantu tugas-tugas pengecaman dan apa lagi.. Cabutlah...

Tumpuan utama kami dalam misi mencabut ni adalah akar-akar untuk diformulasikan khasnya untuk kesihatan kaum lelaki dan wanita.


Antara herb menjadi pilihan kami adalah adik beradik tongkat ali serta pasangan mereka iaitu herba terbaik untuk wanita yang dipercayai diamalkan secara turun temurun.

Setelah berpuas hati dan keletihan, kami akan bawa kesemua akar kayu tadi untuk dibersihkan di halaman pusat memproses kami.


Kami akan asingkan mengikut jenis dan kemudiannya mencuci sehingga tiada kesan tanah yang terpalit mahu pun yang berbekas sebelum dijemur dan dikeringkan.

Kebiasaannya kami hanya akan menjemur sekitar 1 atau 2 hari bagi memastikan kulit akar kayu ini cukup kering sebelum di racik/hiris.

Kemudian, jemuran untuk memastikan ianya benar-benar kering bagi mengelakkan jangkitan kulat akan terus dilakukan di bawah suhu berbumbung dan tidak lagi di bawah terik matahari secara terus.


Ini, adalah antara proses awal sebelum penyediaan selanjutnya di lakukan.

Untuk memesan, anda boleh hubungi kami melalui medium whats app di nombor 013 9842848.

Campuran 3 herba untuk lelaki dan wanita (rebusan) dengan harga RM10/pek.

k

Tiada ulasan:

Catat Ulasan