Salam sejahtera pembaca dan pengunjung yang budiman.
Selalu saya berpesan kepada pesakit-pesakit yang datang melakukan rawatan kepada saya... 'Ubat untuk orang Melayu ini adalah segala herba dan akar kayu yang tumbuh melata di tanah melayu ini'.
Namun tak ramai yang peduli. Mereka lebih gemar kepada produk import dan bermacam-macam walau harganya kadang-kadang tak masuk akal hanya kerana botol atau bungkusannya berwarna warni. Mungkin bungkusan yang menarik itu mampu memberi kesembuhan agaknya😂.
Baiklah. Untuk penulisan kali ini, suka saya nak berkongsi tentang ramuan uncang kami yang di adun khas untuk pasangan suami. Orang bujang pun boleh minum. Tak jadi masalah kerana produk ini adalah untuk kesihatan otot, darah, urat saraf dan tenaga.
Secara logiknya, untuk mendapat sumber tenaga yang maksimum seseorang itu mesti mendapatkan kesihatan dalaman yang maksimum juga. Jadi, uncang ini adalah medium untuk anda mendapatkan tenaga tambahan namun ianya tidak akan berhasil tanpa anda perlu melakukan aktiviti senaman juga.
Kandungan untuk setiap uncang :
- Tongkat Ali Hitam (baginda)35%
- Tongkat Ali Merah (hj samad) 35%
- Tongkat Ali Putih (tunjang bumi) 10%
- Teja Lawang 10%
- Mascotek jantan dan betina 10%
Cara guna :
Rendam dengan air panas beberapa minit dan minum.
Setiap uncang boleh direndam sehingga 3/4 kali atau lebih.
Boleh campur gula batu atau dibancuh dengan minuman lain selain teh.
Jangan minum terlalu lewat malam bagi mengelakkan terganggu masa tidur anda kecuali anda kerja malam.
Kebaikan :
Sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan kesihatan seperti lenguh, keletihan, masalah tenaga batin, tekanan darah, wanita semasa berpantang, sakit dan lenguh-lenguh kaki, kurang bertenaga dan senggugut secara amnya.
Juga meransang keinginan kepada pasangan yang dingin hubungan. Selain merawat masalah dalaman sex lelaki dan wanita.
Boleh rujuk panduan herba-herba untuk maklumat terperinci berkaitan kebaikan atau khasiat setiap herba.
Keterangan :
Produk ini adalah 100% asli tanpa bahan campuran lain. Diproses dan diuncangkan untuk memudahkan penggunaan sahaja.
Segala khasiat dan kebaikan herba-herba ini telah diakui sejak zaman dahulu lagi. Namun, apabila hutan sudah digondolkan untuk pembangunan, herba-herba ini agak sukar untuk dijumpai dan semakin pupus.
Sekiranya anda telah mencapai satu tahap kesihatan yang maksima, anda tidak perlu mengambil herba-herba ini lagi.
Jangan dijadikan makanan tambahan setiap hari. Untuk kestabilan, ambil 1 uncang untuk 2 hari dan jarakkan atau selang 2 atau 3 hari untuk uncang yang berikutnya.
Harga untuk 1 pek uncang 5 herba ini adalah RM26 (9uncang) termasuk pos semenanjung Malaysia dan RM30 untuk sabah dan sarawak.
Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan kami dan perkenalkan kepada rakan anda, anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Whats app www.wasap.my/60132763232.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan