Stor

Projek Lama
Bermula 1 Nov 2010 hingga 31 Disember 2011 aku telah memilih untuk berkecimpung di dalam perniagaan yang agak asing dari kerjaya seni aku. Bermula dengan sebuah nostalgia perniagaan kolam memancing ikan yang terletak di shah alam selangor, aku memperjudikan nasib sambil melempiaskan hobi dan menenangkan fikiran sejenak dalam kalut berhempas pulas melalui pelbagai persaingan dalam perniagaan terdahulu
Namun begitulah resam dan ragamnya. Sebaik mana pun telah kita berikan, tetap ada yang kurang dimata manusia yang busuk hati melihat kejayaan orang lain.



Untuk tidak memanjangkan cerita dengan lebih lama bertahan aku serahkan semuanya pada ketentuan dan mengikut sahaja haluan dan jalan yang diaturkan. 

Agak nampak dungu sikit bila kira cuba buat benda yang kita tak tau. Tapi disebabkan ianya peluang untuk explore satu lagi perniagaan aku menerimanya dengan lapang dada. Kenapa aku setuju? Pertama kerana pengalaman untuk menimba lebih banyak ilmu selain pancingan jenis ini ada peminatnya tersendiri dan mereka tiada pilihan.
Pernah memancing udang harimau? Di mana? Rata-rata jawapannya adalah di kolam sana dan sini. Di mana habitat spesis ini sukar dikenal pasti menjadikan ianya satu-satunya perniagaan pancing yang tiada saingan dengan yang semula jadi
.
Satu masa dulu, bagai cendawan yang tumbuh, kolam demi kolam pancing udang harimau telah dibuka oleh ramai peniaga yang mengambil peluang mengexplore perniagaan jenis ini. Namun sejak akhir-akhir ini, perniagaan jenis ini ditutup satu demi satu disebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi dan risiko kematian udang lebih tinggi berbanding dengan kolam ikan.
Sungguh pun begitu, kesempatan yang ada perlu diambil untuk memperluaskan pengetahuan dalam bidang yang sememangnya digemari.


Bak kata orang, tak dapat pergi memancing, tengok orang memancing sudah cukup untuk memberikan kepuasan.


Seperti tadi, ketika saja berhenti seketika di sebuah kedai pancing di jalan klang banting, seorang kanak-kanak india breusia anggaran 12 tahun, datang untuk membeli sebatang mata kail untuk memancing. Disebabkan aktiviti memancing ini adalah lebih baik dari mencuri, merempit dan sebagainya, maka aku panggil budak india tersebut ke kereta dan aku berikan dia beberapa jenis mata kail. Dan aku puas melakukan perkara itu. Aku yakin, aku mempu menjadikan aktiviti ini dipandang umum dan sekaligus dapat mengurangkan kerosakkan akhlak di kalangan remaja jika mereka lebih gila memancing dari gila judi, arak, perempuan dan lain-lain.
--------------------------------------------------------------------------------------
MENGURUSKAN PERTANDINGAN
Selain melakukan aktiviti memancing, aku juga ada menguruskan beberapa pertandingan yang kebiasaannya diminta oleh syarikat² koperat, kelab² atau sesiapa pun. Bermula dari persediaan barangan untuk dicetak termasuklah iklan gantung (banner, poster dll), tiket, nametag, t-shirt, topi dan ada juga yang nak print cenderahati seperti payung, cawan dan sebagainya. Mudah aku uruskan sebab itu adalah satu dari cabang perkhidmatan menyara hidup ku. Bukan suka-suka, tapi memang periuk nasi. Jadi tak susah untuk aku uruskan perkara-perkara tersebut. Penyediaan makanan untuk vip, khemah, pentas, sound system dll juga sangat penting untuk sesuatu majlis sebegini. 






Gambar Pertandingan sempena hari keluarga PEKA 


Pancing Amal 



Midnight Event Air Masin & Air Tawar


Udang Harimau Cup



Jamuan Berbuka Puasa Bersama Anak² Yatim Shah Alam

Mungkin sedikit hari lagi, aku akan cuba mencetuskan pertandingan secara terbuka pula walaupun tak berapa yakin lagi. Namun berbekal sedikit pengalaman dan rasanya tak lah sesusah mana... kot? 




Event Bersama Rakan P.net & SAPA







*nota kaki :- sekiranya anda berminat untuk mengadakan aktiviti sebegini seperti pertandingan/suka-suka jangan teragak-agak atau malu-malu untuk hubungi no ni 0132763232 SF. Kalau dia tak angkat, SMS sudah. Tau... ;-D

updated : 20.1.2014