Ahad, 17 Disember 2017

Teras Kemuning Hitam

Assalamualaikum wahai sahabat pengunjung web blog ini. 

Ni ha, admin terjumpa gambar ni di share di facebook. Antara khasiat dan manfaat teras Kemuning Hitam.

Selain dari akar kayu dan herba, kami juga mengumpul koleksi teras-teras kayu yang mempunyai khasiat alami dan berkualiti untuk kesihatan. Baik, macam air rendaman teras kayu ni, memang boleh dijadikan amalan.

Di sini saya nak berkongsi penggunaan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan terdekat juga apa yang saya syorkan kepada mereka-mereka yang datang untuk rawatan.


Selain dari khasiat yang tersenarai dalam gambar di atas, saya sendiri memang selalu merendam potongan teras kayu ini dengan air panas dan kemudian mencampurkan air rendaman tadi bersama air minuman untuk anak-anak dan keluarga.

Biasanya kalau anak kecil dah afa tanda-tanda dedar (nak demam), saya akan rendam keratan teras kemuning hitam ini dan campurkan dengan air masak sebelum dibancuh susu. Setakat ni, Alhamdulillah. Tak jadi demam.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manfaat yang boleh diikhtiarkan dari keratan teras ini. Di sebabkan itulah ianya digelar teras 1001 penawar.

Ada 2 jenis teras sebagai penawar ni selain Teras Kemuning Hitam, ada satu lagi iaitu Teras Penawar Hitam. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai penawar.

Ada sekali tu saya berikan kepada seorang peninju dari ATM, selepas dia minum air rendaman ini, dia terus mengalami muntah darah akibat luka lama dibahagian dalaman badan di mana sebelum ini dia tidak mengetahuinya.

Selain membantu merawat masalah-masalah fizikal, air rendaman ini juga mampu membantu permasalahan mistik seperti kerasukkan dan gangguan makhkuk halus.

Ada kes bayi yang sering menangis malam. Saya hanya berikan air rendaman Teras Kemuning Hitam ini kepada ibunya dan minta dia beri minum pada anaknya (campur buat susu) dan selebihnya spraykan dalam rumah. Alhamdulillah, dia tak payah datang jumpa sesiapa lagi untuk masalah itu.



Untuk masalah luaran/kulit juga boleh di asah dan ambil habuk teras ini dan sapukan dikawasan bermasalah termasuk jika disengat serangga dan sebagainya.

Pada saya, Teras Kemuning Hitam ini WAJIB ada untuk kecemasan sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya sama ada hospital atau bomoh.

Untuk sepotong saiz seperti gambar di atas  hanya RM35 termasuk pos seluruh semenanjung dan RM38 untuk Sabah & Sarawak.

Boleh hubungi www.wasap.my/60178196918 untuk tempahan.

Untuk mengetahui pelbagai lagi khasiat dan kebaikan, anda boleh rajinkan jari mencari maklumat secara online.


Ahad, 10 Disember 2017

Keterangan asas 5 herba uncang

Salam sejahtera pembaca dan pengunjung yang budiman.

Selalu saya berpesan kepada pesakit-pesakit yang datang melakukan rawatan kepada saya... 'Ubat untuk orang Melayu ini adalah segala herba dan akar kayu yang tumbuh melata di tanah melayu ini'.

Namun tak ramai yang peduli. Mereka lebih gemar kepada produk import dan bermacam-macam walau harganya kadang-kadang tak masuk akal hanya kerana botol atau bungkusannya berwarna warni. Mungkin bungkusan yang menarik itu mampu memberi kesembuhan agaknya😂.



Baiklah. Untuk penulisan kali ini, suka saya nak berkongsi tentang ramuan uncang kami yang di adun khas untuk pasangan suami. Orang bujang pun boleh minum. Tak jadi masalah kerana produk ini adalah untuk kesihatan otot, darah, urat saraf dan tenaga.

Secara logiknya, untuk mendapat sumber tenaga yang maksimum seseorang itu mesti mendapatkan kesihatan dalaman yang maksimum juga. Jadi, uncang ini adalah medium untuk anda mendapatkan tenaga tambahan namun ianya tidak akan berhasil tanpa anda perlu melakukan aktiviti senaman juga.

Kandungan untuk setiap uncang :

- Tongkat Ali Hitam (baginda)35%
- Tongkat Ali Merah (hj samad) 35%
- Tongkat Ali Putih (tunjang bumi) 10%
- Teja Lawang 10%
- Mascotek jantan dan betina 10%

Cara guna :

Rendam dengan air panas beberapa minit dan minum.

Setiap uncang boleh direndam sehingga 3/4 kali atau lebih.

Boleh campur gula batu atau dibancuh dengan minuman lain selain teh.

Jangan minum terlalu lewat malam bagi mengelakkan terganggu masa tidur anda kecuali anda kerja malam.

Kebaikan :

Sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan kesihatan seperti lenguh, keletihan, masalah tenaga batin, tekanan darah, wanita semasa berpantang, sakit dan lenguh-lenguh kaki, kurang bertenaga dan senggugut secara amnya.

Juga meransang keinginan kepada pasangan yang dingin hubungan. Selain merawat masalah dalaman sex lelaki dan wanita.

Boleh rujuk panduan herba-herba untuk maklumat terperinci berkaitan kebaikan atau khasiat setiap herba.

Keterangan :

Produk ini adalah 100% asli tanpa bahan campuran lain. Diproses dan diuncangkan untuk memudahkan penggunaan sahaja.

Segala khasiat dan kebaikan herba-herba ini telah diakui sejak zaman dahulu lagi. Namun, apabila hutan sudah digondolkan untuk pembangunan, herba-herba ini agak sukar untuk dijumpai dan semakin pupus.

Sekiranya anda telah mencapai satu tahap kesihatan yang maksima, anda tidak perlu mengambil herba-herba ini lagi.

Jangan dijadikan makanan tambahan setiap hari. Untuk kestabilan, ambil 1 uncang untuk 2 hari dan jarakkan atau selang 2 atau 3 hari untuk uncang yang berikutnya.

Harga untuk 1 pek uncang 5 herba ini adalah RM26 (9uncang) termasuk pos semenanjung Malaysia dan RM30 untuk sabah dan sarawak.

Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan kami dan perkenalkan kepada rakan anda, anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Whats app www.wasap.my/60132763232.


Keterangan Produk asas

Salam sejahtera para pengunjung. Sejak kebelakangan ini saya mendapat whats app dari beberapa orang yang berminat untuk mencuba hasil hutan Janda yang kian dilupakan generasi hari ini. Tahniah kepada anda yang masih menghargainya.

Ada pun kesemua produk kami adalah 100% berasaskan herba dan akar kayu.

Di sini saya akan perincikan setiap formula dan bahan-bahan yang kami adunkan sesuai penggunaannya.

Herba 3 Ali.

Herba ini adalah asas kepada produk kami.

Kandungan :
- Tongkat Ali Putih (tunjang bumi) 10%
- Tongkat Ali Hitam (baginda) 40%
- Tongkat Ali Merah (hj samad) 40%

Cara guna :

Cuci dan tapis sebelum direbus bersama 1.5L air. Biarkan sampai mendidih dan tutup api. Sejukkan dan boleh di simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Tambah gula batu bagi mereka yang tidak suka rasa pahit atau boleh dibancuh dengan minuman lain selain teh.

Untuk rebusan kali ke dua, hanya 1L air sahaja diperlukan.

Kebaikan :

Bagi pesakit masalah urat saraf seperti sakit belakang, kawasan kaki dan pinggang, sering kesejukkan, angin dalam badan. Amalkan minum air rebusan ini sekurang-kurangnya 4 gelas sehari.

Untuk masalah lemah tenaga dalaman, cepat letih dan kurang bermaya juga boleh mengamalkan minuman ini untuk memperbaiki sistem dalaman dan mendapatkan kesihatan yang maksima.

Peringatan :

Herba bukanlah makanan tambahan seperti vitamin dan lain-lain. Ianya adalah ubat kepada masalah kesihatan.

Bagi pengidap slipped disc dan lain-lain masalah berkaitan saraf, herba ini membantu memanaskan badan selain membaik pulih sistem saraf yang terganggu.

Perubatan herba ini telah diamalkan beribu tahun yang lalu dan ianya adalah kaedah perubatan kuno yang berkesan namun semakin di lupakan kerana ketaksuban kepada perubatan moden yang kebanyakkannya hanya sebagai 'PENAHAN SAKIT' dan bukan sebagai penawar kepada penyakit.

Firman Allah swt ....'tidak diturunkan sesuatu penyakit itu melainkan beserta penawarnya yang melata di atas muka bumi ini'

Bagi mereka yang mencari, insyaAllah.. Hasil bumi yang asli tidak mengecewakan.

Bagi mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin mahupun dingin hubungan suami isteri, bantulah pasangan anda.

Herba tidak bertindak seperti dadah mahupun steroid yang memberi kesan serta merta. Ianya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Semoga keterangan ini memberi manfaat kepada anda.

Harga jualan untuk herba ini hanya RM30 untuk 2+1 pek termasuk pos.

Whats app www.wasap.my/60132763232 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Khamis, 16 November 2017

Santai 'Power'.

Salam dan salam sejahtera wahai penglipurlara dunia.

Beberapa hari kebelakangan ini, admin jadi tertanya-tanya sendirian, apakah pengguna herba hutan janda dan herba-herba 'power' yang lain faham akan maksud masalah kesihatan pada organ sex terutamanya lelaki?

Pertama sekali perlu kita faham PUNCA masalah kesihatan kita itu. Sebab itu, admin lebih suka berbicara dengan lebih terbuka dalam perbualan peribadi bersama pesakit.

Fungsi kebanyakkan ubat kuat ini adalah untuk menjadikan organ sex kita berada pada kondisi yang 'sempurna'. Eraksinya dan ejakulasinya sihat.

Ada kadangkala admin tergelak bila ada yang nak kan ubat untuk 'tahan lama'.

Baik di sini kita bincangkan sedikit tentang sifat 'tahan lama' yang sering menjadi impian mereka-mereka yang mungkin tidak menikmati saat indah itu dengan rasa kasih dan sayang.

Orang lelaki yang cepat kalah mempunyai 2 jenis masalah.

1- histeria seksual
2- tiada stamina

Histeria seksual ini admin rumuskan adalah seperti 'rogol'. Terlalu inginkan kepuasan dan akhirnya kecundang.

Manakala kurang stamina adalah masalah normal bagi kebanyakkan pemalas di luar sana.

Ini berbeza dengan penyakit kelamin endropos atau ereksi tidak sempurna. Ianya berkemungkinan berpunca dari masalah deabetis, masalah buah pinggang atau trauma akibat kecederaan lama pada bahagian pinggang.

Untuk masalah-masalah penyakit sebegini, amalan mengambil herba adalah sangat digalakkan untuk membantu menyihatkan kembali tubuh badan dan seterusnya menyihatkan organ sex kita.

Sama juga dengan kaum wanita yang mempunyai masalah dingin keinginan. Ianya adalah disebabkan masalah hormon yang tidak stabil. Pengambilan herba untuk penjagaan dalaman wanita juga baik di ambil mengikut keperluan.

Dan bagi mereka yang nampak sihat, pengambilan herba-herba ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi lebih bertenaga dan tidak mudah letih ketika pertarungan.

Bukan nak bagi tahan lama. Lama tak lama itu adalah 'setting' otak kita masing-masing. Kita tahu bagaimana kayuhan yang ideal untuk mendapatkan keserasian dalam hubungan suami isteri.

Bak kata seorang penjual ubat.. Kalau yang tahan sampai sejam tu, hewan. Dua jam tu setan.

Jadikan perkahwinan itu untuk membahagiakan pasangan. Jadi, jagalah kesihatan anda dari awal dan pastikan hanya dari Herba Hutan Janda.

Whats app www.wasap.my/60132763232 untuk maklumat lanjut.

Isnin, 6 November 2017

Pengumuman

Salam sejahtera bloggers...

Lama admin tak update di sini. Update kali ini adalah ingin membuat pengumuman kepada En Mohd Ali dari kuantan yang telah transfer duit untuk mendapatkan ramuan herba kami. Admin format hp dan 'ter'hilang semua msg alamat dan no hp beliau. Harap dapat hubungi admin secepat mungkin untuk tujuan pos.

Pengumuman ke dua adalah, uncang kami kini ada 9 uncang untuk 1 paket.

1 uncang untuk 3 kali rendaman.

Harga RM28.00 semenanjung dan RM32.00 Sabah Sarawak. (Termasuk pos).

Kebaikan, sila rujuk posting sebelum ini.

Terima Kasih.

Musim² hujan ni bagus spare kat rumah... Hehe...


Jumaat, 31 Mac 2017

Herba Hutan Janda


Salam sejahtera.. Kami, crew Herba 'hutan janda' akan bersiaran di blogger dan page fb kami @herbahutanjanda.

Bermula hari ini, kami akan kongsikan aktiviti dan herba yang berjaya kami kumpulkan, serta apa yang telah kami formulasikan untuk kebaikan kesihatan dan meningkatkan stamina serta yang telah kami perkenalkan untuk anda rasai sendiri kesannnya.

Semoga menjadi manfaat untuk kita semua.

-sf

Sabtu, 11 Mac 2017

Pencari, pengumpul dan memposes herba

Salam sejahtera.. Hampir setiap minggu kami akan meneroka hutan berdekatan, memanjat bukit bukau dan merentas perjalanan yang penuh dengan jurang, curam, beronak dan itu bukanlah paksaan atau kerana permintaan. Itulah keseronokkan.


Aktiviti memecahkan lemak dan menguatkan otot-otot kaki ini sudah menjadi sebahagian dari rutin mingguan kumpulan kami yang tediri dari 4 anggota tetap dan beberapa anggota yang berminat untuk mengetahui dan mendalami selok belok hutan dan tumbuhan herba yang melata di daerah ini.

Dari sini bermulanya minat untuk mengamalkan ubat-ubatan dan makanan herba yang mampu membantu meningkatkan kesihatan secara alami tanpa bahan kimia dan perisa tambahan.

Orang selalu beranggapan herba ni pahit. Terus terang admin katakan, kami pun tak suka makan benda pahit, hanyir dan tidak sedap dengan selera manusia normal. Jadinya, kami sendiri mengolah agar herba yang mendatangkan kebaikan dan kesan yang baik tetapi tidak pahit walaupun tidaklah sesedap cupochino ataupun jus mangga fresh dari kebun sebelah.

Biasanya, sebelum memutuskan bukit mana yang bakal kami terjah, malam sebelumnya kami akan berjumpa untuk berbincang walau sebenarnya hampir setiap malam kami akan bersidang untuk menambahbaikkan hasil dan me'riki' kawasan baru.

Tok Nebeng dengan akar tongkat ali hitam
Selain dari herba akar kayu yang baik untuk kesihatan lelaki, kami juga mencari, mengumpul serta memproses herba untuk wanita dan sudah tentu isteri-isteri sendiri menjadi mangsa testimoni yang terawal sebelum kami memperkenalkan kepada rakan-rakan yang lain. Samalah juga dengan ramuan uncang dan rebusan yang kami perkenalkan. Kami dah minum, amal terlebih dahulu. Ada antara kami yang sudah mengamalkan minuman akar kayu ini bertahun-tahun cuma tidak dipromosikan.

Setelah kesemua akar kayu atau pokok herba ini kami cabut, kami akan mencucinya terlebih dahulu dengan merendam untuk menanggalkan tanah-tanah yang melekat sebelum menjemurnya untuk dikeringkan di bawah cahaya matahari selama sehari. Setelah separuh kering, kami akan terus jemur di bawah bumbung (tidak terus dengan cahaya matahari) sehingga 90% kering sebelum di proses.


 Ada pun produk yang kami keluarkan sama saja dengan mana-mana pengeluar produk herba 100% asli yang lain. Cuma mungkin cara rumusan atau formulanya sahaja yang berbeza. Kami tidak menekankan rasa pahit, tetapi khasiatnya. Dan ianya tidak seperti anda mengambil ubat-ubatan sintetik. Herba ni kesannya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari amalan juga kami tidak menggalakkan anda mengambil herba ini terlalu kerap sekiranya anda bukan seorang yang aktif.


Untuk mendapatkan ramuan herba kami, anda boleh menghubungi admin Sabky secara whatapp di 60139842848 

Harga untuk poduk kami adalah :

RM30/set uncang (5 uncang)
RM30/set rebusan (3 paket rebusan)
RM30/set kapsul (11 kapsul)

*harga untuk paket pertama termasuk pos. Sekiranya anda beminat untuk mendapatkan lebih dari satu set, sila berurusan dengan admin kami untuk dapatkan harga terbaik. Terima Kasih.


Khamis, 2 Mac 2017

Haji/Lebai Samad

Salam sejahtera..


Lama sekali baru nak menulis semula. Maaflah ye.. Blog ini bukan seperti blog penerangan "copy&paste" yang lain. Blog ini admin reka untuk berkongsi pengalaman sendiri serta segala aneka ilmu yang diceduk, pelajari, dengar dan ikut sepanjang perjalanan mengenali dunia herba ni.

Kali ini kita nak berkongsi tentang sejenis akar yang hampir pupus di hutan-hutan besar kerana kehebatannya yang dianugerahkan Allah, mampu memulihkan masalah saraf, sakit tulang belakang, pinggang, otot dan sendi.

Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut khasiatnya, boleh cari di google Haji Samad atau Tongkat Ali Merah atau Lebai Samad. Di sini kita tak berapa kongsikan khasiatnya mahupun nutrisinya secara spesifik.



Menurut ceritanya, asal usul nama akar kayu ini adalah dari nama seorang lebai/haji yang bernama Abd Samad. Pak Samad adalah orang kampung dan biasa mencari kayu api dihutan. Beliau yang agak berusia sememangnya secara logik akan kelihatan tidak kuat. Tapi, Pak Samad ni gagah orangnya. Maka dari situ orang mula bertanya apa rahsia beliau.

Jika kepenatan atau sakit pinggang, beliau cuma akan berehat/berbaring dan tempat beliau selalu berbaring itu dialas dengan akar kayu ini. Maka, sejak itulah akar kayu berwarna oren kemerahan ini mendapat jolokan, akar Haji/Lebai Samad. Sama ada cerita itu sahih atau rekaan, wallahu àlam.

Bagi mereka yang tahu tentang kehebatan akar kayu ini, pasti berebut mendapatkannya kerana ia dipercayai ampuh untuk aktiviti 'kejantanan' namun apa yang pasti, pengkaji dan pencari herba mengatakan bahawa akar kayu ini sangat baik untuk urat saraf dan sendi.



Namun, jangan tertipu dengan warna kulit dan namanya. Ada beberapa akar yang menyerupai akar Haji Samad ni antaranya akar Keranji Emas, Akar mengkudu rimba dan akar mengkunyit. Walaupun akar-akar yang lain juga berkhasiat, namun tidak seperti khasiat akar Haji Samad atau Tongkat Ali Merah ini.

Ini adalah herba untuk lelaki paling 'Power' dan berkesan jika diamalkan mengikut sukatan dan rutin yang sesuai.

Harga pasaran yang pernah kami 'survey' adalah antara RM650 hingga RM900 untuk sekilo yang telah di racik. Untuk mengenal jenis akar Haji Samad yang asli adalah permukaan kulit akar ini licin dan nipis namun warna kuning/oren kemerahannya sampai ke dalam jika dihiris. Sangat keras bila dikeringkan dalam 50%. Anda tak mungkin berjaya mematahkannya walau saiz sebesar pensil dan memerlukan pisau yang cukup tajam untuk menghirisnya.

Jika anda berminat untuk mencuba sendiri khasiat akar Haji Samad ini, anda boleh whats app saya di nombor 0132763232.


Kami menawarkan campuran 3 herba 'Ali' dalam satu paket rebusan dalam dos yang sesuai untuk diamalkan semasa sakit atau untuk kecergasan tubuh.

Sesuai untuk lelaki dan wanita dewasa terutama yang telah berumahtangga, selalu letih, lesu dan lenguh-lenguh badan.

Yang pastinya ianya tidak pahit seperti yang anda bayangkan. Jika akar Haji Samad ini sahaja, ianya tanpa rasa. Cuma air rebusan yang akan berwarna seperti teh.

Dapatkan sekarang.

Rabu, 15 Februari 2017

Tongkat Ali

Mungkin perkongsian di blog ini agak berlainan dari apa yang pernah anda ketahui atau kenali.

Kekeliruan jenama/nama tongkat ali sebenar banyak dipertikaikan. Sebenarnya, yang mana satu Tongkat Ali?


Rata-rata satu Malaysia menggelarkan akar putih, pahit dan besar itu Tongkat Ali dan ada juga yang menggelarkan Tongkat Ali Putih kerana ingin membezakan cirinya dengan Tongkat Ali asli.

Jika di kawasan kami, tanyalah sesiapa pun yang arif tentang akar kayu dan yang biasa masuk ke hutan untuk mengutip Tongkat Ali, mereka akan tunjukkan akar seperti gambar di atas.

Saiznya tidak berapa besar dan ianya tidaklah sukar untuk dicabut. 


Di blog ini, kita tak akan bincangkan keistimewaan mahupun khasiat Tongkat Ali. Cuma ingin memperkemaskan tanggapan tentang Tongkat Ali asli.

Bagi spesis Tongkat Ali ini, pelbagai juga jolokkan dan nama lainnya seperti Tongkat Ali Hitam atau Tongkat Ali Baginda. Bagi pencari akar kayu di sini, inilah Tongkat Ali sebenar.

Yang berwarna putih, pahit dan besar itu namanya Tunjang Bumi/Pasak Bumi. Cuma ianya sudah popular dengan jolokkan Tongkat Ali hingga masyarakat tidak mengenal Tongkat Ali sebenar.


Untuk mengetahui khasiat dan kajian-kajian yang pernah dilakukan ke atas Tongkat Ali, anda boleh sahaja ke laman-laman blog yang lain atau terus ke laman blog herbadantumbuhan sebagai rujukkan.

Namun, penulis terpaksa akur dengan apa yang telah menjadi ikutan dan kefahaman sejagat bahawa Tongkat Ali dikenali dengan 3 spesis berlainan iaitu Putih, Hitam dan Merah.

Dan sedikit pembongkaran yang ingin dikongikan adalah, kepercayaan Tongkat Ali hanya minuman tenaga bagi lelaki adalah dongengan. Jika anda tidak percaya, kongsi rebusan atau uncang campuran 3 Tongkat Ali formulasi Herba Hutan Janda dan rasai kelainannya.

Anda juga boleh layari Khasiat Tongkat Ali Untuk Wanita

Ahad, 12 Februari 2017

Teja



Ni namanya Teja Lawang. Barang payah ni. Tapi 'roots seeker' kami sedaya upaya juga mendapatkannya khas untuk adunan 5 Herba Dalam 1 Uncang.

Dek kerana akar inilah, rendaman yang anda minum, tak berapa nak pahit dan berbau sangat tongkat ali. Keharuman akar ini menyebabkan kami terguling² menikmati harumnya.

Sungguhpun begitu, campuran akar ini adalah sangat minima bukan hanya kerana ianya mahal dan hampir sukar ditemui akan tetapi sifatnya yang panas. Jika diambil berlebihan, kebarangkalian 'hidung berdarah' dan rasa tidak selesa kerana rasa bahangnya benar-benar menyebabkan badan dan tekak anda sentiasa dahaga. Cocoklah khasiatnya sebagai alternatif ikhtiar menghindar dari masalah stroke dan sakit jantung.

Anda tak perlu risau. Dos yang kami formulakan adalah dos yang sangat selamat untuk diamalkan setiap hari pagi dan petang.

Untuk mendapatkan uncang 5 Herba dalam 1 uncang yang mengandungi Tongkat Ali, Hj Samad, Tunjang Bumi, Misai Ali dan Teja Lawang sendiri, anda cuma perlu inbox atau whats app  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Harga yang kami tawarkan adalah :
RM30 untuk 1 paket termasuk pos
RM50 2 paket termasuk pos
RM110, 5 paket termasuk pos dan free gift
RM200, 10 paket percuma postage dan free gift.

1 Paket mengandungi 5 uncang dan setiap uncang boleh direndam berkali hingga bau/warna/rasanya hilang.

Sangat jimat!

Hubungi kami sekarang!

0139842848/0132763232

Trip mengumpul

Ok, sebenarnya ini bukan trip pertama team 'root seekers' membuat 'collection' akar-akar kayu yang dijadikan formulasi 'gagah' dan 'ayu' ini.

Cuma untuk kali ini, kita nak kongsi bagaimana proses penyediaan dilakukan dari awal.

Ye sudah tentu yang paling asas dan awal adalah seawal pagi mesti kena masuk hutan. Setelah mesyuarat ringkas dan minum pagi, kami akan menuju ke lokasi seperti yang diracangkan. Untuk trip kali ini, kami ke Bukit Hutan Janda Muda.


Tugas masuk hutan dan mencari akar kayu ni akan di uruskan 'sengseh' kami dan akan dipandu oleh 'tokmoh' selain kami-kami yang ada ni sebagai jurugambar dan juru cabut.


Proses mengecam pokok akar kayu ni memerlukan penelitian dan focus. Kalau sekali imbas, kita akan nampak semuanya sama saja... Hijau.

Tapi pengalaman dan kepekaan otai-otai yang bersiaran bersama kami sedikit sebanyak membantu tugas-tugas pengecaman dan apa lagi.. Cabutlah...

Tumpuan utama kami dalam misi mencabut ni adalah akar-akar untuk diformulasikan khasnya untuk kesihatan kaum lelaki dan wanita.


Antara herb menjadi pilihan kami adalah adik beradik tongkat ali serta pasangan mereka iaitu herba terbaik untuk wanita yang dipercayai diamalkan secara turun temurun.

Setelah berpuas hati dan keletihan, kami akan bawa kesemua akar kayu tadi untuk dibersihkan di halaman pusat memproses kami.


Kami akan asingkan mengikut jenis dan kemudiannya mencuci sehingga tiada kesan tanah yang terpalit mahu pun yang berbekas sebelum dijemur dan dikeringkan.

Kebiasaannya kami hanya akan menjemur sekitar 1 atau 2 hari bagi memastikan kulit akar kayu ini cukup kering sebelum di racik/hiris.

Kemudian, jemuran untuk memastikan ianya benar-benar kering bagi mengelakkan jangkitan kulat akan terus dilakukan di bawah suhu berbumbung dan tidak lagi di bawah terik matahari secara terus.


Ini, adalah antara proses awal sebelum penyediaan selanjutnya di lakukan.

Untuk memesan, anda boleh hubungi kami melalui medium whats app di nombor 013 9842848.

Campuran 3 herba untuk lelaki dan wanita (rebusan) dengan harga RM10/pek.

k

Sabtu, 11 Februari 2017

Lemah Tenaga Batin?


Bila sebut 'tenaga batin' je, yang difikirkan adalah 'adik' abang tak larat.. Kan? Sedangkan secara amnya, tenaga batin itu adalah tenaga dalaman yang meransang kekuatan atau kecerdasan tubuh untuk melakukan aktiviti² lasak, berat dan bertubi² dan 'tenaga batin' yg difikirkan itu adalah sebahagian daripadanya sahaja.

Jika urat, otot, tulang dan tenaga anda di dalam kondisi sihat dan bermaya, sudah tentu ia akan menyumbang kepada bahagian lain yang juga memerlukan daya tahan yang cukup. Itu teorinya.

Banyak kaedah yang boleh digunapakai dan salah satunya adalah dengan meransang kembali sistem tubuh badan agar berada dalam kondisi bermaya hanya dengan mengamalkan pengambilan herba² asli tanpa campuran seperti yang diperkenalkan Herba Hutan Janda ini.

Walau bagaimana pun, tidak semua yang mengambil formulasi herba ini mendapat keputusan yang cepat kerana ianya bergantung kepada aktiviti, diet dan kesihatan anda sendiri.

Dos yang kami perkenalkan adalah yang paling selamat dan praktikal setelah kami sendiri mengamalkannya secara konsisten selain ikhtiar untuk mengurangkan risiko penyakit popular di negara ini seperti deabetis, hypertensi, heart attack, stroke dll.

*nota :- sekiranya anda seorang yang tidak aktif dan tidak mengeluarkan peluh setiap hari, anda mungkin tidak merasa kelainan pengambilan herba ini memandangkan anda tidak mengeluarkan tenaga yang banyak. Jadi, anda mungkin memerlukannya untuk waktu² tertentu disebelah malam.