Rabu, 15 Februari 2017

Tongkat Ali

Mungkin perkongsian di blog ini agak berlainan dari apa yang pernah anda ketahui atau kenali.

Kekeliruan jenama/nama tongkat ali sebenar banyak dipertikaikan. Sebenarnya, yang mana satu Tongkat Ali?


Rata-rata satu Malaysia menggelarkan akar putih, pahit dan besar itu Tongkat Ali dan ada juga yang menggelarkan Tongkat Ali Putih kerana ingin membezakan cirinya dengan Tongkat Ali asli.

Jika di kawasan kami, tanyalah sesiapa pun yang arif tentang akar kayu dan yang biasa masuk ke hutan untuk mengutip Tongkat Ali, mereka akan tunjukkan akar seperti gambar di atas.

Saiznya tidak berapa besar dan ianya tidaklah sukar untuk dicabut. 


Di blog ini, kita tak akan bincangkan keistimewaan mahupun khasiat Tongkat Ali. Cuma ingin memperkemaskan tanggapan tentang Tongkat Ali asli.

Bagi spesis Tongkat Ali ini, pelbagai juga jolokkan dan nama lainnya seperti Tongkat Ali Hitam atau Tongkat Ali Baginda. Bagi pencari akar kayu di sini, inilah Tongkat Ali sebenar.

Yang berwarna putih, pahit dan besar itu namanya Tunjang Bumi/Pasak Bumi. Cuma ianya sudah popular dengan jolokkan Tongkat Ali hingga masyarakat tidak mengenal Tongkat Ali sebenar.


Untuk mengetahui khasiat dan kajian-kajian yang pernah dilakukan ke atas Tongkat Ali, anda boleh sahaja ke laman-laman blog yang lain atau terus ke laman blog herbadantumbuhan sebagai rujukkan.

Namun, penulis terpaksa akur dengan apa yang telah menjadi ikutan dan kefahaman sejagat bahawa Tongkat Ali dikenali dengan 3 spesis berlainan iaitu Putih, Hitam dan Merah.

Dan sedikit pembongkaran yang ingin dikongikan adalah, kepercayaan Tongkat Ali hanya minuman tenaga bagi lelaki adalah dongengan. Jika anda tidak percaya, kongsi rebusan atau uncang campuran 3 Tongkat Ali formulasi Herba Hutan Janda dan rasai kelainannya.

Anda juga boleh layari Khasiat Tongkat Ali Untuk Wanita

Ahad, 12 Februari 2017

Teja



Ni namanya Teja Lawang. Barang payah ni. Tapi 'roots seeker' kami sedaya upaya juga mendapatkannya khas untuk adunan 5 Herba Dalam 1 Uncang.

Dek kerana akar inilah, rendaman yang anda minum, tak berapa nak pahit dan berbau sangat tongkat ali. Keharuman akar ini menyebabkan kami terguling² menikmati harumnya.

Sungguhpun begitu, campuran akar ini adalah sangat minima bukan hanya kerana ianya mahal dan hampir sukar ditemui akan tetapi sifatnya yang panas. Jika diambil berlebihan, kebarangkalian 'hidung berdarah' dan rasa tidak selesa kerana rasa bahangnya benar-benar menyebabkan badan dan tekak anda sentiasa dahaga. Cocoklah khasiatnya sebagai alternatif ikhtiar menghindar dari masalah stroke dan sakit jantung.

Anda tak perlu risau. Dos yang kami formulakan adalah dos yang sangat selamat untuk diamalkan setiap hari pagi dan petang.

Untuk mendapatkan uncang 5 Herba dalam 1 uncang yang mengandungi Tongkat Ali, Hj Samad, Tunjang Bumi, Misai Ali dan Teja Lawang sendiri, anda cuma perlu inbox atau whats app  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Harga yang kami tawarkan adalah :
RM30 untuk 1 paket termasuk pos
RM50 2 paket termasuk pos
RM110, 5 paket termasuk pos dan free gift
RM200, 10 paket percuma postage dan free gift.

1 Paket mengandungi 5 uncang dan setiap uncang boleh direndam berkali hingga bau/warna/rasanya hilang.

Sangat jimat!

Hubungi kami sekarang!

0139842848/0132763232

Trip mengumpul

Ok, sebenarnya ini bukan trip pertama team 'root seekers' membuat 'collection' akar-akar kayu yang dijadikan formulasi 'gagah' dan 'ayu' ini.

Cuma untuk kali ini, kita nak kongsi bagaimana proses penyediaan dilakukan dari awal.

Ye sudah tentu yang paling asas dan awal adalah seawal pagi mesti kena masuk hutan. Setelah mesyuarat ringkas dan minum pagi, kami akan menuju ke lokasi seperti yang diracangkan. Untuk trip kali ini, kami ke Bukit Hutan Janda Muda.


Tugas masuk hutan dan mencari akar kayu ni akan di uruskan 'sengseh' kami dan akan dipandu oleh 'tokmoh' selain kami-kami yang ada ni sebagai jurugambar dan juru cabut.


Proses mengecam pokok akar kayu ni memerlukan penelitian dan focus. Kalau sekali imbas, kita akan nampak semuanya sama saja... Hijau.

Tapi pengalaman dan kepekaan otai-otai yang bersiaran bersama kami sedikit sebanyak membantu tugas-tugas pengecaman dan apa lagi.. Cabutlah...

Tumpuan utama kami dalam misi mencabut ni adalah akar-akar untuk diformulasikan khasnya untuk kesihatan kaum lelaki dan wanita.


Antara herb menjadi pilihan kami adalah adik beradik tongkat ali serta pasangan mereka iaitu herba terbaik untuk wanita yang dipercayai diamalkan secara turun temurun.

Setelah berpuas hati dan keletihan, kami akan bawa kesemua akar kayu tadi untuk dibersihkan di halaman pusat memproses kami.


Kami akan asingkan mengikut jenis dan kemudiannya mencuci sehingga tiada kesan tanah yang terpalit mahu pun yang berbekas sebelum dijemur dan dikeringkan.

Kebiasaannya kami hanya akan menjemur sekitar 1 atau 2 hari bagi memastikan kulit akar kayu ini cukup kering sebelum di racik/hiris.

Kemudian, jemuran untuk memastikan ianya benar-benar kering bagi mengelakkan jangkitan kulat akan terus dilakukan di bawah suhu berbumbung dan tidak lagi di bawah terik matahari secara terus.


Ini, adalah antara proses awal sebelum penyediaan selanjutnya di lakukan.

Untuk memesan, anda boleh hubungi kami melalui medium whats app di nombor 013 9842848.

Campuran 3 herba untuk lelaki dan wanita (rebusan) dengan harga RM10/pek.

k

Sabtu, 11 Februari 2017

Lemah Tenaga Batin?


Bila sebut 'tenaga batin' je, yang difikirkan adalah 'adik' abang tak larat.. Kan? Sedangkan secara amnya, tenaga batin itu adalah tenaga dalaman yang meransang kekuatan atau kecerdasan tubuh untuk melakukan aktiviti² lasak, berat dan bertubi² dan 'tenaga batin' yg difikirkan itu adalah sebahagian daripadanya sahaja.

Jika urat, otot, tulang dan tenaga anda di dalam kondisi sihat dan bermaya, sudah tentu ia akan menyumbang kepada bahagian lain yang juga memerlukan daya tahan yang cukup. Itu teorinya.

Banyak kaedah yang boleh digunapakai dan salah satunya adalah dengan meransang kembali sistem tubuh badan agar berada dalam kondisi bermaya hanya dengan mengamalkan pengambilan herba² asli tanpa campuran seperti yang diperkenalkan Herba Hutan Janda ini.

Walau bagaimana pun, tidak semua yang mengambil formulasi herba ini mendapat keputusan yang cepat kerana ianya bergantung kepada aktiviti, diet dan kesihatan anda sendiri.

Dos yang kami perkenalkan adalah yang paling selamat dan praktikal setelah kami sendiri mengamalkannya secara konsisten selain ikhtiar untuk mengurangkan risiko penyakit popular di negara ini seperti deabetis, hypertensi, heart attack, stroke dll.

*nota :- sekiranya anda seorang yang tidak aktif dan tidak mengeluarkan peluh setiap hari, anda mungkin tidak merasa kelainan pengambilan herba ini memandangkan anda tidak mengeluarkan tenaga yang banyak. Jadi, anda mungkin memerlukannya untuk waktu² tertentu disebelah malam.