Salam sejahtera.. Hampir setiap minggu kami akan meneroka hutan berdekatan, memanjat bukit bukau dan merentas perjalanan yang penuh dengan jurang, curam, beronak dan itu bukanlah paksaan atau kerana permintaan. Itulah keseronokkan.
Aktiviti memecahkan lemak dan menguatkan otot-otot kaki ini sudah menjadi sebahagian dari rutin mingguan kumpulan kami yang tediri dari 4 anggota tetap dan beberapa anggota yang berminat untuk mengetahui dan mendalami selok belok hutan dan tumbuhan herba yang melata di daerah ini.
Dari sini bermulanya minat untuk mengamalkan ubat-ubatan dan makanan herba yang mampu membantu meningkatkan kesihatan secara alami tanpa bahan kimia dan perisa tambahan.
Orang selalu beranggapan herba ni pahit. Terus terang admin katakan, kami pun tak suka makan benda pahit, hanyir dan tidak sedap dengan selera manusia normal. Jadinya, kami sendiri mengolah agar herba yang mendatangkan kebaikan dan kesan yang baik tetapi tidak pahit walaupun tidaklah sesedap cupochino ataupun jus mangga fresh dari kebun sebelah.
Biasanya, sebelum memutuskan bukit mana yang bakal kami terjah, malam sebelumnya kami akan berjumpa untuk berbincang walau sebenarnya hampir setiap malam kami akan bersidang untuk menambahbaikkan hasil dan me'riki' kawasan baru.
|
Tok Nebeng dengan akar tongkat ali hitam |
Selain dari herba akar kayu yang baik untuk kesihatan lelaki, kami juga mencari, mengumpul serta memproses herba untuk wanita dan sudah tentu isteri-isteri sendiri menjadi mangsa testimoni yang terawal sebelum kami memperkenalkan kepada rakan-rakan yang lain. Samalah juga dengan ramuan uncang dan rebusan yang kami perkenalkan. Kami dah minum, amal terlebih dahulu. Ada antara kami yang sudah mengamalkan minuman akar kayu ini bertahun-tahun cuma tidak dipromosikan.
Setelah kesemua akar kayu atau pokok herba ini kami cabut, kami akan mencucinya terlebih dahulu dengan merendam untuk menanggalkan tanah-tanah yang melekat sebelum menjemurnya untuk dikeringkan di bawah cahaya matahari selama sehari. Setelah separuh kering, kami akan terus jemur di bawah bumbung (tidak terus dengan cahaya matahari) sehingga 90% kering sebelum di proses.
Ada pun produk yang kami keluarkan sama saja dengan mana-mana pengeluar produk herba 100% asli yang lain. Cuma mungkin cara rumusan atau formulanya sahaja yang berbeza. Kami tidak menekankan rasa pahit, tetapi khasiatnya. Dan ianya tidak seperti anda mengambil ubat-ubatan sintetik. Herba ni kesannya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari amalan juga kami tidak menggalakkan anda mengambil herba ini terlalu kerap sekiranya anda bukan seorang yang aktif.
Untuk mendapatkan ramuan herba kami, anda boleh menghubungi admin Sabky secara whatapp di
60139842848
Harga untuk poduk kami adalah :
RM30/set uncang (5 uncang)
RM30/set rebusan (3 paket rebusan)
RM30/set kapsul (11 kapsul)
*harga untuk paket pertama termasuk pos. Sekiranya anda beminat untuk mendapatkan lebih dari satu set, sila berurusan dengan admin kami untuk dapatkan harga terbaik. Terima Kasih.