Ahad, 17 Disember 2017

Teras Kemuning Hitam

Assalamualaikum wahai sahabat pengunjung web blog ini. 

Ni ha, admin terjumpa gambar ni di share di facebook. Antara khasiat dan manfaat teras Kemuning Hitam.

Selain dari akar kayu dan herba, kami juga mengumpul koleksi teras-teras kayu yang mempunyai khasiat alami dan berkualiti untuk kesihatan. Baik, macam air rendaman teras kayu ni, memang boleh dijadikan amalan.

Di sini saya nak berkongsi penggunaan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan terdekat juga apa yang saya syorkan kepada mereka-mereka yang datang untuk rawatan.


Selain dari khasiat yang tersenarai dalam gambar di atas, saya sendiri memang selalu merendam potongan teras kayu ini dengan air panas dan kemudian mencampurkan air rendaman tadi bersama air minuman untuk anak-anak dan keluarga.

Biasanya kalau anak kecil dah afa tanda-tanda dedar (nak demam), saya akan rendam keratan teras kemuning hitam ini dan campurkan dengan air masak sebelum dibancuh susu. Setakat ni, Alhamdulillah. Tak jadi demam.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manfaat yang boleh diikhtiarkan dari keratan teras ini. Di sebabkan itulah ianya digelar teras 1001 penawar.

Ada 2 jenis teras sebagai penawar ni selain Teras Kemuning Hitam, ada satu lagi iaitu Teras Penawar Hitam. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai penawar.

Ada sekali tu saya berikan kepada seorang peninju dari ATM, selepas dia minum air rendaman ini, dia terus mengalami muntah darah akibat luka lama dibahagian dalaman badan di mana sebelum ini dia tidak mengetahuinya.

Selain membantu merawat masalah-masalah fizikal, air rendaman ini juga mampu membantu permasalahan mistik seperti kerasukkan dan gangguan makhkuk halus.

Ada kes bayi yang sering menangis malam. Saya hanya berikan air rendaman Teras Kemuning Hitam ini kepada ibunya dan minta dia beri minum pada anaknya (campur buat susu) dan selebihnya spraykan dalam rumah. Alhamdulillah, dia tak payah datang jumpa sesiapa lagi untuk masalah itu.



Untuk masalah luaran/kulit juga boleh di asah dan ambil habuk teras ini dan sapukan dikawasan bermasalah termasuk jika disengat serangga dan sebagainya.

Pada saya, Teras Kemuning Hitam ini WAJIB ada untuk kecemasan sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya sama ada hospital atau bomoh.

Untuk sepotong saiz seperti gambar di atas  hanya RM35 termasuk pos seluruh semenanjung dan RM38 untuk Sabah & Sarawak.

Boleh hubungi www.wasap.my/60178196918 untuk tempahan.

Untuk mengetahui pelbagai lagi khasiat dan kebaikan, anda boleh rajinkan jari mencari maklumat secara online.


Ahad, 10 Disember 2017

Keterangan asas 5 herba uncang

Salam sejahtera pembaca dan pengunjung yang budiman.

Selalu saya berpesan kepada pesakit-pesakit yang datang melakukan rawatan kepada saya... 'Ubat untuk orang Melayu ini adalah segala herba dan akar kayu yang tumbuh melata di tanah melayu ini'.

Namun tak ramai yang peduli. Mereka lebih gemar kepada produk import dan bermacam-macam walau harganya kadang-kadang tak masuk akal hanya kerana botol atau bungkusannya berwarna warni. Mungkin bungkusan yang menarik itu mampu memberi kesembuhan agaknya😂.



Baiklah. Untuk penulisan kali ini, suka saya nak berkongsi tentang ramuan uncang kami yang di adun khas untuk pasangan suami. Orang bujang pun boleh minum. Tak jadi masalah kerana produk ini adalah untuk kesihatan otot, darah, urat saraf dan tenaga.

Secara logiknya, untuk mendapat sumber tenaga yang maksimum seseorang itu mesti mendapatkan kesihatan dalaman yang maksimum juga. Jadi, uncang ini adalah medium untuk anda mendapatkan tenaga tambahan namun ianya tidak akan berhasil tanpa anda perlu melakukan aktiviti senaman juga.

Kandungan untuk setiap uncang :

- Tongkat Ali Hitam (baginda)35%
- Tongkat Ali Merah (hj samad) 35%
- Tongkat Ali Putih (tunjang bumi) 10%
- Teja Lawang 10%
- Mascotek jantan dan betina 10%

Cara guna :

Rendam dengan air panas beberapa minit dan minum.

Setiap uncang boleh direndam sehingga 3/4 kali atau lebih.

Boleh campur gula batu atau dibancuh dengan minuman lain selain teh.

Jangan minum terlalu lewat malam bagi mengelakkan terganggu masa tidur anda kecuali anda kerja malam.

Kebaikan :

Sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan kesihatan seperti lenguh, keletihan, masalah tenaga batin, tekanan darah, wanita semasa berpantang, sakit dan lenguh-lenguh kaki, kurang bertenaga dan senggugut secara amnya.

Juga meransang keinginan kepada pasangan yang dingin hubungan. Selain merawat masalah dalaman sex lelaki dan wanita.

Boleh rujuk panduan herba-herba untuk maklumat terperinci berkaitan kebaikan atau khasiat setiap herba.

Keterangan :

Produk ini adalah 100% asli tanpa bahan campuran lain. Diproses dan diuncangkan untuk memudahkan penggunaan sahaja.

Segala khasiat dan kebaikan herba-herba ini telah diakui sejak zaman dahulu lagi. Namun, apabila hutan sudah digondolkan untuk pembangunan, herba-herba ini agak sukar untuk dijumpai dan semakin pupus.

Sekiranya anda telah mencapai satu tahap kesihatan yang maksima, anda tidak perlu mengambil herba-herba ini lagi.

Jangan dijadikan makanan tambahan setiap hari. Untuk kestabilan, ambil 1 uncang untuk 2 hari dan jarakkan atau selang 2 atau 3 hari untuk uncang yang berikutnya.

Harga untuk 1 pek uncang 5 herba ini adalah RM26 (9uncang) termasuk pos semenanjung Malaysia dan RM30 untuk sabah dan sarawak.

Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan kami dan perkenalkan kepada rakan anda, anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Whats app www.wasap.my/60132763232.


Keterangan Produk asas

Salam sejahtera para pengunjung. Sejak kebelakangan ini saya mendapat whats app dari beberapa orang yang berminat untuk mencuba hasil hutan Janda yang kian dilupakan generasi hari ini. Tahniah kepada anda yang masih menghargainya.

Ada pun kesemua produk kami adalah 100% berasaskan herba dan akar kayu.

Di sini saya akan perincikan setiap formula dan bahan-bahan yang kami adunkan sesuai penggunaannya.

Herba 3 Ali.

Herba ini adalah asas kepada produk kami.

Kandungan :
- Tongkat Ali Putih (tunjang bumi) 10%
- Tongkat Ali Hitam (baginda) 40%
- Tongkat Ali Merah (hj samad) 40%

Cara guna :

Cuci dan tapis sebelum direbus bersama 1.5L air. Biarkan sampai mendidih dan tutup api. Sejukkan dan boleh di simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Tambah gula batu bagi mereka yang tidak suka rasa pahit atau boleh dibancuh dengan minuman lain selain teh.

Untuk rebusan kali ke dua, hanya 1L air sahaja diperlukan.

Kebaikan :

Bagi pesakit masalah urat saraf seperti sakit belakang, kawasan kaki dan pinggang, sering kesejukkan, angin dalam badan. Amalkan minum air rebusan ini sekurang-kurangnya 4 gelas sehari.

Untuk masalah lemah tenaga dalaman, cepat letih dan kurang bermaya juga boleh mengamalkan minuman ini untuk memperbaiki sistem dalaman dan mendapatkan kesihatan yang maksima.

Peringatan :

Herba bukanlah makanan tambahan seperti vitamin dan lain-lain. Ianya adalah ubat kepada masalah kesihatan.

Bagi pengidap slipped disc dan lain-lain masalah berkaitan saraf, herba ini membantu memanaskan badan selain membaik pulih sistem saraf yang terganggu.

Perubatan herba ini telah diamalkan beribu tahun yang lalu dan ianya adalah kaedah perubatan kuno yang berkesan namun semakin di lupakan kerana ketaksuban kepada perubatan moden yang kebanyakkannya hanya sebagai 'PENAHAN SAKIT' dan bukan sebagai penawar kepada penyakit.

Firman Allah swt ....'tidak diturunkan sesuatu penyakit itu melainkan beserta penawarnya yang melata di atas muka bumi ini'

Bagi mereka yang mencari, insyaAllah.. Hasil bumi yang asli tidak mengecewakan.

Bagi mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin mahupun dingin hubungan suami isteri, bantulah pasangan anda.

Herba tidak bertindak seperti dadah mahupun steroid yang memberi kesan serta merta. Ianya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Semoga keterangan ini memberi manfaat kepada anda.

Harga jualan untuk herba ini hanya RM30 untuk 2+1 pek termasuk pos.

Whats app www.wasap.my/60132763232 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.