Jumaat, 6 April 2018

Minyak Urut Herba Hutan Janda

Salam pengunjung blog.

Admin dihubungi oleh pengunjung blog ini dan bertanya... "Blog takda update apa-apa lagi ke?"

Alhamdulillah.. Rupanya blog ini ada penggemarnya. InsyaAllah, jika ada update terbaru berkaitan herba mahupun produk, admin akan sukacita meng 'update' kan ke dalam blog ini semoga menjadi manfaat.

Dan syukur sekali lagi dengan kesabaran mengumpulkan beberapa kayu dan teras berkhasiat, kini kami gabungkan sebagai ikhtiar rawatan luaran bagi yang mempunyai masalah-masalah berkaitan otot, urat saraf dan sebagainya, boleh mencuba minyak urut/gosok yang kami perkenalkan ini.

Baik untuk masalah kulit seperti luka, disengat binatang, masalah kudis dan sebagainya. Jika ingin digunakan untuk tujuan urutan, molek ditambah minyak zaiton atau apa-apa minyak lain dalam nisbah 1:1.

Antara bahan-bahan yang dimasak bersama minyak ini adalah teras asam jawa, kemuning hitam, penawar hitam, raja kayu  (damar minyak), akar haji samad, kemuning kuning dan buah pala. Serta daun gemunggal sebagai ikhtiar gangguan dan sebagainya.

InsyaAllah. Tiada ubat di dalam dunia ini yang mampu menyembuhkan tanpa izin dan kehendak Allah.

Semoga menjadi manfaat untuk semua. Harga yang diperkenalkan untuk 100ml adalah RM15 tidak termasuk kos pos.

Boleh hubungi admin secara whats app www.wasap.my/60132763232 untuk keterangan lanjut.


*tips urutan batin :-

- letakkan minyak ini di hujung ibujari tangan kiri dan kanan. Dalam keadaan duduk berlunjur.
- genggam peha dan pastikan ibujari di kawasan dalam peha. Tekan dan lurut hingga ke arah lutut secara sekata.
- ulang beberapa kali hingga minyak hampir kering dan biarkan.
- perlu diulang melakukan urutannya jika mampu setiap hari. Di situ terletaknya urat titik saraf tenaga batin lelaki dan wanita.

Cubalah...