Ahad, 18 Oktober 2020

Antara khasiat teras dan kayu

(Salin & Tampal)

Sebahagian dari nikmat Allah swt  adalah diciptakannya tumbuh tumbuhan yang memiliki khasiat yang luar biasa.. terpulang pada kita manusia untuk mengolahnya kearah kebaikan...


'Dan sesungguhnya tidak Allah swt  jadikan sesuatu itu sia sia melainkan ada kegunaannya bagi mereka yang mengetahuinya'

Disuatu masa dulu ketika tiada teknologi.. doktor mahu pun klinik.. tumbuhan tumbuhanlah yang menjadi iktiar dan asbab untuk merawat penyakit juga sebagai penawar.     


Antara khasiat bahan tumbuhan yakni dari teras tumbuhan:

Teras Gemunggal - Kelor

-Untuk ketahanan diri(mengaktifkan raksa dalam tubuh)

-Perubatan - penawar

-Penolak gangguan halus

-Menghindari binatang berbisa


Teras Kemuning Hitam

-Penenang - kawalan diri

-Perubatan- penawar yang sgt baik

-Penolak sihir - ilmu hitam

-Ditakuti binatang bisa

-Menguatkan tenaga batin

-Pembisa bagi makhluk halus


Teras Penawar Hitam

-Penawar racun tumbuhan.. kesakitan dan gigitan binatang

-Penawar penyakit mistik kronik dan alami

-Khasiat penawarnya dikatakan mengatasi kemuning hitam

-Antara spesis teras kayu yang sukar dan jarang ditemui


Nibung Tunggal

-Pendinding diri

-Penunduk

-Pembisa dan pemusnah ilmu kebal

Teras Ibol - ibor

-Menghindari makhluk halus dan gangguan

-Antara jenis teras pembisa terbaik

-Penaik semangat juang dan tempur dan melemahkan musuh - seteru

-Melemahkan binatang berbisa -Pagar rumah dan kenderaan

-Pendinding diri apabila diserang


Teras Delima

-Banyak digunakan untuk tujuan perubatan (air rendamannya)

-Penawar kepada sakit sakit dan bisa badan

-Boleh dibuat penawar kepada sakit gigi

-Iktiar penawar darah tinggi

-Penawar batuk berdarah melalui cara tertentu

-Sebagai iktiar merawat resdung


Teras Asam Jawa - Celagi

-Ianya bersifat sejuk

-Keteguhan hati dan keselamatan

-Penawar

-Melumpuhkan ilmu kebal

-Ketahanan kulit


Sulur Bertam

-Jenis teras pembisa yang baik

-Ilmu kebal akan luluh jika ditikam dengannya

-Menambah dan menaikkan semangat juang

-Dipercayai digunakan oleh pahlawan terdahulu


Buluh Tumpat

-Baik untuk menghalau gangguan atau roh jahat

-Ketahanan kulit dan melumpuhkan ilmu kebal

-Penarik bias

-Penepis halangan - serangan jurus ghaib


Teras Kekabu

-Sebagai penawar (air rebusannya)

-Ketahanan kulit


Teras Kayu Mali

-Penawar

-Melemahkan semangat lawan

-Penjauh

Teras Penunduk Merah

-Juga dikenali sebagai penunduk gajah.

-Penunduk manusia

-Penakut dan penunduk haiwan


 Teras Penunduk Putih

-Menundukkan lawan baik manusia atau haiwan

-Ditakuti oleh mahkluk halus


Teras Pine Cypress - Araucaria

-Merupakan jenis kayu yang paling tua diatas muka bumi ini

-Mengikut kajian sains dan rujukan kitab adalah jenis kayu:

-Digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh as

-Tongkat Nabi Sulaiman as.

-Yang terbaik dan tertua datang dari Negara Afrika

-Dikatakan antara asbab kayu paling ditakuti oleh mahkluk halus dan jin

-Gesekkan kayu ini dengan jari pun boleh memecahkan gegendang telinga makhluk halus. Waallahualam

-Berbagai jenis antaranya Araucaria dari Afrika.


Raja Kayu Putih

-Diantara teras kayu yang banyak khasiat dari segi perubatan

-Baik untuk menghentikan pendarahan luar

-Pendinding.. penunduk dan pelaris


Larak Salah Jantan Dan Betina

-Pelembut Hati

-Tidak terlihat oleh musuhnya

-Pembalik sihir


Teras Beluru - sintok

-Pendinding - Ketahanan kulit banyak diguna oleh ahli tomoi

-Dari segi perubatan baik untuk ubat cacing.. siflis dan lainnya


Teras Betik

-Pembabas - tersasar serangan.. pendinding

-Perabun kepada yang berniat tidak baik

Rotan Songsang

-Pembalik sihir

-Pendinding rumah dari khianat manusia

-Mengelak serangan mengejut


Teras Lakar - menang

-Dikatakan pemilik selalu menang sepertinya namanya

-Ketahanan kulit


Teras Pahlawan Kuning

-Asbab wibawa diri yang baik

-Penunduk


Wallahualam

Khamis, 23 Julai 2020

7 Teras

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk saya menulis dan berkongsi kebaikan ciptaan Allah swt kepada umat melayu terutamanya.


Baru-baru ini kita keluarkan kembali minyak gosok/urut yang pernah kita perkenalkan dengan jenama Herba Hutan Janda yang mengandungi beberapa campuran teras kayu terpilih bertunjangkan teras utama iaitu Teras Kemuning Hitam dan Teras Penawar Hitam.

Kali ini, kita beri nafas baru dengan re-branding serta upgrade kandungan yanh semestinya 100% diproses secara tradisional dan menggunakan teras serta herba hutan tanpa sebarang bahan kimia.

Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya secara whatsapp di www.wasap.my/60178196918.

Cuma gosok dan gosok di kawasan bermasalah. Juga boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan seperti disengat serangga, terkena air panas, sawan tangis (bayi) dll yg dirasakan sesuai.

Selasa, 7 Julai 2020

Tasbih dan kayu..



Assalamualaikum peminat herba dan kraf. Pasti ramai yang tercari-cari mana hilangnya blog herba hutan janda.. tapi bila search keyword tongkat ali dll, insyaAllah.. akan jumpa blog ini.

Ini adalah kesinambungan dari kerja kampung yang saya lakukan sejak beberapa tahun yang lepas.

Bermula dengan mencari akar kayu dan herba, kita mencari kayu-kayu berkhasiat alami yang sesuai utk pakaian diri.

Ada yang buat mata cincin, tasbih, gelang dll... Bergantung kepada minat dan kegunaan tersendiri.


Untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu, masa dan ketekunan amat diperlukan.

Berminat untuk memiliki sesuatu sebagai hadiah untuk diri sendiri. InsyaAllah, kita akan cerita kisah teras-teras kayu pula selepas ini.

Stay tune...

Sabtu, 13 Jun 2020

Dari sebuah cerita





Sebelum berjinak-jinak dengan seni keras tangan pertukangan besi dan sarung pisau, parang, golok, pedang ni aku mulai dengan aneka teras dan kayu, sambil-sambil mencari herba di hutan.

Masa tu, kebanyakkannya buat mata cincin, gelang kayu, tasbih dan begitulah asal usul mengenal dan menakluki.

Masa itu aku baru kurang lebih sebulan sembuh dari kelumpuhan akibat slip disc. Tak boleh lupa beb sakitnya macam mana. Dalam wad tu, suara aku je😂 lepas tu mengurut pun begitu.. aku jerit je... Sakit kot?😂😂😂

Masa tu isteri masih bekerja dalam keadaan aku dah tak boleh nak berniaga dan buat rawatan. Sangat banyak keluar belanja.

Lat beberapa bulan kemudian, my mak aji pula volunteer untuk diberhentikan kerja dek sebab companynya gegar kuat dan hampir rebah (dah rebah). Perit gak lah masa tu. Kita masih OKU lagi.. tapi biasalahkan, orang jantan kena buat gagah🤣. Infact, hingga kini ia masih tersisa sakitnya pada saraf yang terganggu.

Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun, hadir beberapa orang mencetus idea dan modal maka inilah aku skrg.

Kalau nak dikira pendapatan bulanan untuk zaman ini, boleh dikatakan miskin papa kedanalah jugak.😂 Dah la miskin, sakit pulak tu😂😂😂

Tapi entahlah, kami happy je.. bak kata yang selalu kita dengar.. yang mencukupkan tu Allah. Kalau ada rasa curiga dengan ketetapan Allah, reset balik. Perbetulkan prasangka tu.

Bukan tak pernah lalui masa betul-betul susah sampai beras tak ada nak masak. Anak-anak kecik lagi, nak susu bagai.. kenderaan takda, motor pinjam ipar berbulan². Kami harung... Leklek je..

Resam hidup.. tapi ada yang bestnya skrg ni banyak masa dgn keluarga. Buat masa ni memang aku tak nak sempitkan masa bekerja dan pening kepala. Badan pun bukan selalu sihat. Walaupun kerja ni je punca pendapatan, tapi insyaAllah.. kita cuba pastikan keberkatannya.

Jadinya nak oyak ni, kalau ada yang nak masuk order, kena ikut giliranlah. Aku kena jujur dalam memegang amanah tempahan yg awal, kena dulukan.

Tapi, kalau nak order raw Teras Kemuning Hitam atau Teras penawar hitam, jangan malu-malu. Saiz dari besar 4 jari dan tebal dalam 1cm abang jual hanya RM40 sahaja siap pos.

Nak dijadikan gelang atau tasbih juga boleh. Tapi macam biasa kena ikut giliran. Kawan tak kawan..

Boleh whats app www.wasap.my/60178196918 anytime..

Terbaru

Salam para pengunjung.

Alhamdulillah.. walau blog ini agak lama tanpa apa-apa perkongsian terbaru namun ianya masih menjadi bahan rujukkan dan saya masih lagi mendapat panggilan juga whats app yang inginkan herba dan juga teras-teras kayu pilihan.





InsyaAllah, walaupun kini saya sudah tidak dapat membekalkan herba-herba, namun blog ini akan meneruskan perkongsian berkaitan hasil kerja tangan saya yang mungkin memberi manfaat kepada pengunjung.

Saya juga telah menukar nombor untuk dihubungi.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan ingin melakukan tempahan, bolehlah menghubungi saya melalui whats app www.wasap.my/60178196918.

Terima kasih
Sf