Sabtu, 13 Jun 2020

Dari sebuah cerita





Sebelum berjinak-jinak dengan seni keras tangan pertukangan besi dan sarung pisau, parang, golok, pedang ni aku mulai dengan aneka teras dan kayu, sambil-sambil mencari herba di hutan.

Masa tu, kebanyakkannya buat mata cincin, gelang kayu, tasbih dan begitulah asal usul mengenal dan menakluki.

Masa itu aku baru kurang lebih sebulan sembuh dari kelumpuhan akibat slip disc. Tak boleh lupa beb sakitnya macam mana. Dalam wad tu, suara aku je😂 lepas tu mengurut pun begitu.. aku jerit je... Sakit kot?😂😂😂

Masa tu isteri masih bekerja dalam keadaan aku dah tak boleh nak berniaga dan buat rawatan. Sangat banyak keluar belanja.

Lat beberapa bulan kemudian, my mak aji pula volunteer untuk diberhentikan kerja dek sebab companynya gegar kuat dan hampir rebah (dah rebah). Perit gak lah masa tu. Kita masih OKU lagi.. tapi biasalahkan, orang jantan kena buat gagah🤣. Infact, hingga kini ia masih tersisa sakitnya pada saraf yang terganggu.

Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun, hadir beberapa orang mencetus idea dan modal maka inilah aku skrg.

Kalau nak dikira pendapatan bulanan untuk zaman ini, boleh dikatakan miskin papa kedanalah jugak.😂 Dah la miskin, sakit pulak tu😂😂😂

Tapi entahlah, kami happy je.. bak kata yang selalu kita dengar.. yang mencukupkan tu Allah. Kalau ada rasa curiga dengan ketetapan Allah, reset balik. Perbetulkan prasangka tu.

Bukan tak pernah lalui masa betul-betul susah sampai beras tak ada nak masak. Anak-anak kecik lagi, nak susu bagai.. kenderaan takda, motor pinjam ipar berbulan². Kami harung... Leklek je..

Resam hidup.. tapi ada yang bestnya skrg ni banyak masa dgn keluarga. Buat masa ni memang aku tak nak sempitkan masa bekerja dan pening kepala. Badan pun bukan selalu sihat. Walaupun kerja ni je punca pendapatan, tapi insyaAllah.. kita cuba pastikan keberkatannya.

Jadinya nak oyak ni, kalau ada yang nak masuk order, kena ikut giliranlah. Aku kena jujur dalam memegang amanah tempahan yg awal, kena dulukan.

Tapi, kalau nak order raw Teras Kemuning Hitam atau Teras penawar hitam, jangan malu-malu. Saiz dari besar 4 jari dan tebal dalam 1cm abang jual hanya RM40 sahaja siap pos.

Nak dijadikan gelang atau tasbih juga boleh. Tapi macam biasa kena ikut giliran. Kawan tak kawan..

Boleh whats app www.wasap.my/60178196918 anytime..

Terbaru

Salam para pengunjung.

Alhamdulillah.. walau blog ini agak lama tanpa apa-apa perkongsian terbaru namun ianya masih menjadi bahan rujukkan dan saya masih lagi mendapat panggilan juga whats app yang inginkan herba dan juga teras-teras kayu pilihan.





InsyaAllah, walaupun kini saya sudah tidak dapat membekalkan herba-herba, namun blog ini akan meneruskan perkongsian berkaitan hasil kerja tangan saya yang mungkin memberi manfaat kepada pengunjung.

Saya juga telah menukar nombor untuk dihubungi.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan ingin melakukan tempahan, bolehlah menghubungi saya melalui whats app www.wasap.my/60178196918.

Terima kasih
Sf