Rabu, 25 Julai 2012

Jelajah amal

Destinasi demi destinasi daratan dilalui dengan sususan dan aturan mengikut garis panduan yang telah di 'command' sebelum bermulanya jelajah atau 'trip'. Mewujudkan budaya amal dikalangan 'bikers' dengan mengumpulkan peminat dua roda ini menjadi satu kumpulan yang bersih dari anasir sia-sia sedikit demi sedikit telah dapat membantu masyarakat menerima golongan ini.

Kalau 10 tahun dahulu, seorang penunggang motosikal kemalangan yang dibawa ke hospital, 'misi' mesti tonyoh 'kaw-kaw' sebab disangkanya 'mat rempit' disebabkan pengaruh media, orang sekeliling dan sebagainya. Sedangkan kawan tu 'posmen' yang jatuh longkang dikejar seekor anjing baka 'husky' yang terlepas dari kandang tuannya.

Kini, setelah golongan profesional, ahli politik dan NGO mendekati golongan muda yang meminati sukan bermotor ini sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup, gaya dan keterampilan. Apabila bergaul dengan abang-abang 'otai' bermotor kuasa tinggi, mereka juga memasang cita-cita untuk ada gaya. bermula detik itu jalinan ukhwah dapat dipupuk dan sekaligus menjadikan golongan dua roda ini kumpulan dinamik dengan pelbagai aktiviti dan kerja sosial.

Bukan sekadar bulan puasa sahaja, aktiviti mereka terisi dengan kerja-kerja amal dan khidmat sosial sentiasa disusun atur selain keseronokkan bermotosikal dalam satu kumpulan dari pelbagai lapisan umur dan kuasa enjin.

Tahap kekuatan enjin yang berbeza tidak membezakan semua aktiviti yang ingin dijalankan bersama. Sungguhpun begitu, tahap keselamatan yang tinggi sentiasa di ambil kira. Jadi bagi pengguna jalanraya yang lain, sekiranya anda melihat 'konvoi' mereka ini, berilah laluan dan pentingkan keselamatan mereka kerana sekiranya berlaku apa-apa musibah pada kita yang berkenderaan besar ini, percaya atau tidak golongan bermotosikallah yang pertama akan berhenti memberi bantuan kerana mereka mudah meletakkan motosikal mereka dibahu jalan tanpa mengganggu lalulintas.


Jangan terlalu memandang rendah golongan ini, mereka juga mempunyai kenderaan sehebat anda. Cuma minat dan hobi membawa mereka lain dari yang lain.

Saya acapkali mendapat jemputan dari golongan 'bikers' ini untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti amal yang mereka anjurkan sepanjang masa. Lawatan ke rumah kebajikan, gotong royong, kenduri dan sebagainya adalah diantara aktiviti yang baik untuk dikongsi dan menggalakkan anak muda lebih cenderung kepada aktiviti sosial dari melilau tak tentu masa.

gambar cilok : Fb Redi Jamadi
text : SF (so fast)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan