Rabu, 25 Julai 2012

Selepas dan Sesudah

Prinsip.. nak dijadikan pegangan sangat pun adakalanya bercanggah dengan kehendak semasa.  Jadinya pemilihan untuk menidakkan corak dan cara penelitian sesetengah pendapat juga bukan sesuatu yang mudah dipandang lewa.

Ekspidisi Jejak tak pernah terhenti untuk mengorak langkah mempelbagaikan pendapat dan berkongsi hiburan. Mengetengahkan aspek setia kawan serta memangku motivasi diri untuk menyatukan anak bangsa dari gejala sia-sia kepada mencerna idealogi sihat dan proaktif.

Bermula detik penghijrahan minda itu perlu mengorak langkah untuk merealisasikan satu 'trip' ringkas, padat dan santai bersama sedikit hiburan ringan untuk sama-sama menerokai alam yang bakal di jejak.

Sekitar bulan September 2012, satu 'trip' santai telah di atur dan disusun mengikut tahap stamina dan penjadualan ahli 'komplot' yang majoritinya aktif beriadah tahan lasak ini. Jika stamina yang jadi bahan ukuran, latihan perlu dijadikan rutin harian sebelum perlawanan beraksi.


Jejak kita bermula dengan satu kumpulan kecil yang membincangkan apakah modesoperandinya apabila menjelang ketika nanti dengan persediaan 'basic' hingga ke perbelanjaan keseluruhan. 'Wang hantaran' memainkan peranan penting, kerana bukan semua 'komplot' kita berada dalam keselesaan sentiasa. Namun tidak juga satu paksaan untuk teruskan jejak andai ada 'komitmen' lain perlu diutama.


Hanya bermodalkan RM100 (modal pusingan) ahli komplot sudah layak untuk menggalas 'trip' kali ini. Kesefahaman dan komunikasi sangat penting untuk memudahkan semua perancangan berjalan lancar. Untuk trip kali ini, 'organizer' telah menyiapkan atur acara tersendiri. Inilah yang menariknya apabila mengaturkan sesuatu aktiviti. Sesiapa yang mempunyai cadangan, mesti memastikan ianya dilaksana dengan sokongan dan idea ahli 'komplot' yang lain. Di situ wujudnya keserasian sesuatu aktiviti itu dapat dilakukan dengan licin dan kurang bermasalah.

Masalah tak akan lari dari mendatangi kita pada bila-bila masa pun, namun persediaan menghadapi dengan cekap dan pantas boleh menyelamatkan keadaaan. Asalkan saja undang-undang 'trip' difahami oleh semua. Kalau nak ikut kepala sendiri saja, jangan berkomplot, lakukan sendiri. Kita takkan menyakitkan hati ahli 'komplot' yang lain.

Perhentian demi perhentian perlu di sertai semua ahli dan tidak berpecah dalam satu kumpulan. Bila keadaan ini berlaku, sistem telekomunikasi mesti digunakan untuk memastikan yang kumpulan itu tidak berpecah jauh. Jadi, praktis seperti ini diperlukan dari bermulanya perjalanan lagi sehingga sebelum memulakan 'trip' yang sebenar. Di situ kita boleh menilai kelayakkan seseorang untuk di lantik menjadi ketua.

Mementingkan keselamatan disamping bekalan makanan yang mencukupi walau tak istimewa perlu di pantau oleh 'organizer'. Tapi kalau boleh dicapai 'penghantaran percuma' apa salahnya tak perlu bawak makanan. Bawa wang secukupnya sudahlah.


Memulakan ekspidisi dengan taklimat dan keterangan ringkas sedikit sebanyak dapat membantu ahli 'komplot' memahami konsep 'trip' dan mereka yang menyertai mestilah sedia maklum dengan aktiviti yang telah disusun atur untuk mengelakkan 'buat kepala' bila sesuatu aktiviti itu tidak disukai kita.

Itulah konsep kekeluargaan. jalinan ukhwah sedikit sebanyak boleh membentuk persepsi minda kita dari  dibelenggu tanggapan dan ketidak terbukaan. Jangan malu menyuarakan ketidak puasan hati untuk diperbaiki oleh ahli 'komplot' yang lain.


Mengakhiri ekspidisi dengan merakamkan memori bersama adalah satu matlamat yang jarang diperolehi oleh mereka yang tidak gemarkan aktiviti berpasukan.

*gambar rembat dalam FB Abeyy dan Satu dua
Text asal : SF (Sekelumit Falsafah) 
- tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun yang hampir mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan