Selasa, 24 Julai 2012

Kenyir


Salam pengunjung budiman. Wah, seronok bila dapat bersantai ditasik Kenyir tempoh hari. Bermula dengan jemputan sebagai marshall untuk acara Boat on the Road, hati sudah mula terpaut dengan ketenangan dan keindahan panorama dan destinasi ini bukan sekadar syurga bagi pemancing, juga bagi fotografer yang suka mengabadikan potrait lanskap yang serba hijau dan asli.


Di celah-celah rimbunan yang menghijau, setenang suasana itu, ada penghuni yang menjadi buruan kaki-kaki pancing menguji permainan gewang bermacam jenis. bukan sekadar memancing, pelbagai aktiviti santai dan menarik boleh disusun atur sesuai percutian bersama fanclub mahupun rakan-rakan dan juga keluarga.

Mana tidaknya, air terjun yang nyaman dengan keadaan fizikalnya seakan belum pernah dijejaki manusia lain sudah tentu menjanjikan keseronokkan uat pengunjung yang bertandang mencari kepuasan, ketengan dan berhibur cara terhormat.


Apa lagi yang ingin kita cari dalam suasana begini nyaman dan tenang? Berehatlah sepuasnya. Lupakan sebentar masalah yang memberatkan fikiran di bandar pesat dan sarat dengan tuntutan hidup. Hayati sepuasnya keindahan alam ciptaan Tuhan dengan hati dan  minda yang ceria. Jom kita ke Kenyir, lapangkan dada dan akal buat seketika.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan