"Gambar di atas takda kene mengena dengan cerita ini. sekadar menyibukkan diri sahaja.. hehe" |
Namun apa bila tiba jam ke empat sewaktu aku mendaratkan ikan ke empat, hati sudah menjadi tak berapa seronok nak memancing, bila ikan yang ada dalam kurungan terlepas 2 ekor. Aduhai... baru ingat boleh balik modal untuk memancing hari tersebut...
Maka hasil yang berjaya di jual balik pada malam semalam cuma 2 ekor sahaja. Dek kerana mood tak menentu sampai lupa nak ambil gambar sebagai hasil seterusnya pada awal tahun ni. Dah terlalu terbiasa tak suka nak ambil gambar dengan ikan..
Cuma tahun ni aku ada azam nak kumpul seberapa banyak gambar dengan hasil pancingan. Al maklumlah, dah memancing bertahun-tahun tak pernah lagi bergambar dengan ikan.. hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan