Orang ber blog.. aku pun nak ada juga.. tapi nak buat macam mana.. aku tak boleh satukan semua bahan dalam satu laman blog kerana ianya berlainan unsur dan faktor dimana blog ini adalah blog yang menceritakan perihal hobi dan aktiviti-aktiviti santai yang boleh di katakan tangkap muat je...
Dalam seminggu dua ni ada memang pergi memancing di lokasi-lokasi misteri yang masih dara namun belum membuahkan hasil yang boleh dikategorikan sebagai tangkapan.
Kena pula hanfon yang ada camera jarang aku bawa kemana-mana.. Nak beli kamera ongkosnya enggak ada... tu yang kurang nak menulis kerana tulis tanpa gambar ni kurang menarik bagi aku.. Ialah, bukanlah gambar boleh menceritakan segalanya, tapi sekurang-kurangnya menjadi pencuci mata dari membaca je berpanjangan...
Menguji lubuk yang agak menarik semalam mendatangkan kegeraman kerana kerana kelibat sang ikan mengejar gewang plastik lembut (Soft Plastic) memberi 2 kali tekanan pada aku. Spesis ikan yang mengejar dek kerana geram melihat gewang menari-nari dihadapannya.. diterpa sang ikan tapi tak menjadi apa kerana yang menerpa tu masih dalam lingkungan awal remaja yang dapat aku lihat dari bayangan di dalam air dengan kanta mata pambias bayang ini (polarized).
Petang semalam di dua lokasi yang tidak berapa jauh, habis semua gewang cap itik dah aku campakkan.. mungkin latihan baru bermula dan ujian tahap kesabaran untuk terus dan terus belajar untuk menjadi bangaw..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan