Dalam satu laman forum aku mula mengenali ramai kaki-kaki pancing yang ada di sekitar yang sebelum ini aku tak pernah tau dan kenal. Dari borak-borak, sembang-sembang, bahan membahan, timbul idea tak berapa cerdik dari aku untuk wujudkan persatuan sedikit masa dahulu. Lalu bermacam-macam lah respon sama ada yang menyokong mahupun membidas. Biasalah, bila takda keistimewaan untuk kepentingan peribadi mulalah membidas.. hehe...
Namun, gerakkan diteruskan juga. Aku cuba mengumpul seberapa ramai tenaga yang faham dan jelas tentang modesoperandi yang aku susun aturkan. Ada juga yang tak faham dan malas nak kisah sangat isu berbangkit berkaitan penubuhan persatuan ini sebaliknya terus menyokong dan cuba merealisasikan bersama tak kira apa bentuk bantuan dan sokongan. Pengalaman banyak mentertawakan diri apabila setiap bertelingkahan itu mewujudkan tindakkan yang agak merosotkan stamina ramai ahli yang pada mulanya beriya-iya. Aku tetap tak putus asa sehinggalah pada saat yang mana aku terpaksa melakukannya dengan cara tersendiri tanpa perlu rundingan berhemah, nah... akhirnya berjaya juga ianya di daftarkan dengan sah. Kini bermulalah satu episod baru Satu kelab/persatuan pancing yang cuba mencari kelainan dan menerapkan unsur2 kemanusiaan selain membantu para ahlinya mencapai apa yang di inginkan. Ini cuma persatuan pancing. Dan dalam persatuan pancing ini ramai manusia di dalamnya dengan pelbagai karektor, kerjaya, otak, status dan sebagainya. Ianya lebih rojak dengan berlandaskan latar belakang yang amat berbeza cuma punya minat yang sama di dalam lapangan yang mungkin banyak juga bezanya. Cuba fikirkan, berapa banyak peluang yang kita boleh bertukar guna antara sesama ahli yang berlainan status dan latarbelakang? Cuba fikirkan berapa banyak peluang yang boleh kita gapai sesama kita jika di terjemahkan dalam satu organisasi? Atau kita rela jadi kera sumbang yang melolong2 seolah untung sampai masa mencari juga kawan nak minta tolong bila mana hampir nak kena gantung? Antara kebaikan yang boleh digarapkan bila berada dalam satu organisasi berpelembagaan.
-Semua keputusan harus dibincangkan, tak wujud kuasa veto.. terutamanya bagi orang yg gila kuasa.

-Semua masalah dapat dikongsi dan selesaikan bersama-sama..
-Semua kerja menjadi ringan
-Semua kos menjadi rendah tak baguskah begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan