Agak janggal juga bila mana terpaksa berehat seketika dari aktiviti yang aku ibaratkan sebagai rokok ni. Tapi ini bukan pertama kali aku merehatkan pergelangan tangan yang masih tak sembuh ni dari aktiviti yang bakal membekakkannya kembali.
Masa pergelangan tangan kanan aku retak dulu pun lama juga aku bercuti. Bila dah mula balik dengan agak extream, ia mula membengkak kembali. Urut sendiri ler. Sebab tu adakalanya aku akan mengenakan sarung tangan atau wrist guard bagi mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa.
Berbalik pada tajuk. Biasanya kalau terlalu sibuk, atau tak dapat memancing, aku tak lari dari menyibuk diri melakukan apa saja perkara yang ada kaitan dengan memancing. Contohnya buat perambut, ikat mata kail dan simpan dengan baik, tukar mainline, setting rod dan sebagainya. Dek kerana tak dapat memancing, dapat prepare barangan memancing juga satu kepuasan bagi aku.
Mesti ada bermacam alasan kenapa tak dapat penuhi kehendak hati untuk beraktiviti. Maisng-masing dari kita akan ada masanya terpaksa mengenepikan keinginan itu atas sebab-sebab sesuatu.
Namun hakikatnya, memancing ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti masa lapang dan bukan keperluan hidup yang hendak atau tidak kita kena penuhi.
Berbual bersama rakan-rakan Persatuan semalam pastinya akan menyentuh persoalan berkaitan hobi kegemaran bersama ini. Sedikit sebanyak, ada beberapa persoalan terungkai. Tergelak aku jika ada antara kaki pancing yang menganggap diri mereka lebih baik atau bagus dari orang lain kerana teknik yang mereka gunakan lebih 'mahal' dan 'profesional' kononnya. Bukan semua golongan seperti mereka sebegitu. Ramai saja yang lebih bagus dari itu tidak pernah mendabik dada dan menyombong diri kerana mereka faham konsep dan teknik-teknik itu sememangnya berbeza.
Mungkin dikalangan pemancing sudah sinonim dengan perkataan 'Catch and Release' (CnR). Masing-masing ada pendapat masing-masing dalam soal ini. Ada antara mereka yang mengatakan bahawa mereka bagus kerana mengamalkan CnR ni. Well.. itu pendapat mereka. Bagaimana dengan orang yang memancing dengan tujuan cari makan? Kalau CnR dilakukan macam mana mereka nak makan? Adakah mereka itu tidak bagus?
Kalau di ikutkan sejarah dari zaman nabi Musa lagi, kegiatan memancing ni dah berlaku. Para nelayan di zaman itu hanya menggunakan cara pancingan untuk menyara keluarga dan mengisi perut mereka. Ini disebut dalam satu sejarah dimana Allah S.A.W menegah kaum yahudi pada masa itu menangkap ikan pada setiap hari sabtu (hari keagamaan bagi kaum yahudi). Dan pada setiap hari sabtu jugalah mereka akan nampak ikan-ikan agak frenzy berbanding hari lain dan mereka semua ingkar. Cuma teknik memancing dahulu tidak menggunakan umpan mungkin. Mereka lebih traditional dengan menggunakan lembing atau panah.
Jadi, menangkap ikan (sama ada menjaring, menembak atau memancing) adalah dengan tujuan bukan suka-suka semata-mata. Bayangkan mereka yang mengamalkan CnR ini, adakah mereka yakin bahawa ikan itu akan hidup ketika mereka lepaskan balik setelah beberapa minit diletakkan di atas darat, bergambar, ukur, timbang dan sebagainya?? Berlainan bagi pemancing yang memancing terpancing anak ikan atau ikan yang masih kecil yang dirasakan tidak mahu dibawa pulang, mereka akan terus melepaskan ikan itu ketika masih di dalam air atau secepat mungkin.
Atau idea seorang rakan memberitahu, nak lagi elok, bawa ikan tu balik. Simpan pastikan dia boleh hidup untuk jangkamasa 2 minggu sebelum dilepaskan balik bagi pengamal CnR ni. Pada aku itu cara terhormat. Menghormati makhluk lain dan bukan suka-suka pancing dan lepas..pancing dan lepas.. macam orang dah takda kerja sangat. hehe.. maaf la ye pada yang suka buat benda takda faedah tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan