Jumaat, 20 Januari 2012

Bukan Pertama Kali..

Sebelum mengenali dan mendalami dah jadi kebiasaan kalau kumpau bin bangau ni. Namun sejak pertama kali dapat lesen, hinggalah 3 hari lepas rasanya belum pernah aku selemau semalam.

Bukanlah marah atau geram, tapi mungkin mood tak berapa menentu menyebabkan kekumpauan berlaku. Tak tau dimana silapnya. Frust jugalah 4 jam menunggu dan menunggu... dihenjut berkali-kali... namun hanya sisik yang dinaikkan.


Itulah gelojak pemancing. Hasil memang ramai yang memahami, itu perkara kedua. Namun jika beberapa kali pergi memancing.. asal balik je buta... asal balik je buta... jangankan touch light.. spot light pun tak mampu menerangi sepanjang jalan melintasi pemancing-pemancing lain yang pastinya melihat mana hasil kita.

Tapi itulah adat memancing. Ada masa untung ada masa kurang untung. Perkataan rugi rasanya tak timbul bagi pemancing ni walau terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk sesuatu trip memancing tu sedangkan dia hanya tidur kemabuk lautan.. namun itu tidak dianggap rugi.. kerana apa? kerana pergi memancing tujuan utama.. memancing atau tidak, ada hasil atau tidak itu bukan diharap sangat.


Berbeza dengan pemancing-pemancing yang dah biasa di sesuatu lokasi atau lubuk, selalu pergi tak pernah kecewa... sekali tu pergi siap bawa orang lain lagi.. tup.. tup... hampa.... adushh.. bukan setakat malu.. macam-macam rasa akan wujud dalam diri dan adakalanya tak terucap dek kata-kata.

Sebab tu aku mengambil langkah selamat untuk tidak akan mempromosikan mana-mana kolam, tekong, lubuk dan seangkatan dengannya yang biasanya menjanjikan sesuatu hasil yang menarik.. tapi hampehhh... nanti orang akan maki kita.. kita duk kata.. kolam sana ikan dia bagus-bagus.. baling makan.. baling makan... sampai masa orang pergi atau ikut kita.. nak jadi taik.. kita baling.. orang lain hook up... kita baling orang lain dapat.. tak ke naya tu namanya.. tak pasal-pasal kita kena "ni yang kau cakap kolam baik ni.. yang kau tau lubuk la sangat.." adeh bengkekkkkkkk....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan