Rabu, 4 Januari 2012

Masih Bercuti..



Keadaan masih belum reda.. Benak melayan karenah manusia yang tak habis-habis dengan macam-macam. Suka mencampuri urusan orang lain, penyibuk.
Dari memikirkan mulut bangkai, aku teringat hal trip memancing tempoh hari. Rakan dari klang ada sewa bilik di sebuah resort area lumut. Dalam perjalanan pulang dari sana, tiba-tiba aku terfikir nak tau. Berapa kos sewa bilik di situ? Mungkin kalau ada kesempatan dan rezeki lebih, boleh la nak merasa tidur atas katil di resort berkenaan.

Bertaraf 4 bintang, mungkin anggarannya tidak terlalu mahal. Mungkin. Cuma bila di lihat struktur bangunan dan kawasannya. Aku tertanya-tanya, berapa lah agaknya kos pembinaan resort tersebut ye. dengan keluasan kawasan, siap padang golf dan sebagainya.. mungkin kot anggaran bodoh aku RM50 juta kot? Tengok macam dia beli seluruh kawasan tu seolah2 penjuru sebuah pulau.

Dengan sewa bilik tidur RM700 semalam utk 1 bilik?(anggaran aku je, segan nak tanya) berbaloi ke dia buat perniagaan begitu? berapa keuntungan dia boleh dapat setahun? tolak gaji, bil dll... nampaknya empunya perniagaan itu tak merasa kot keuntungannya.. mungkin dapat kat keturunannya sahaja. Tp takpa la diorg duit banyak.. macam mana dengan aku yang tak da duit ni? Jadi modal untuk orang mencari salah itu dan ini? hehe... dunia.. dunia..

Cantik bilik tido dia..



Dalam termengong-mengong teringat lak.. hari ni anakanda tercinta baru start masuk sekolah.. darjah satu.. nun di utara. Terpisah dek kerana haluan berbeza, macam mana reaksi dia agaknya ye.. takpa la ibu dia orang kaya. Hehehe...

Masih ada benda yang terasa tak selesa dalam fikiran.. hurmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan