Rabu, 25 Julai 2012

Jelajah amal

Destinasi demi destinasi daratan dilalui dengan sususan dan aturan mengikut garis panduan yang telah di 'command' sebelum bermulanya jelajah atau 'trip'. Mewujudkan budaya amal dikalangan 'bikers' dengan mengumpulkan peminat dua roda ini menjadi satu kumpulan yang bersih dari anasir sia-sia sedikit demi sedikit telah dapat membantu masyarakat menerima golongan ini.

Kalau 10 tahun dahulu, seorang penunggang motosikal kemalangan yang dibawa ke hospital, 'misi' mesti tonyoh 'kaw-kaw' sebab disangkanya 'mat rempit' disebabkan pengaruh media, orang sekeliling dan sebagainya. Sedangkan kawan tu 'posmen' yang jatuh longkang dikejar seekor anjing baka 'husky' yang terlepas dari kandang tuannya.

Kini, setelah golongan profesional, ahli politik dan NGO mendekati golongan muda yang meminati sukan bermotor ini sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup, gaya dan keterampilan. Apabila bergaul dengan abang-abang 'otai' bermotor kuasa tinggi, mereka juga memasang cita-cita untuk ada gaya. bermula detik itu jalinan ukhwah dapat dipupuk dan sekaligus menjadikan golongan dua roda ini kumpulan dinamik dengan pelbagai aktiviti dan kerja sosial.

Bukan sekadar bulan puasa sahaja, aktiviti mereka terisi dengan kerja-kerja amal dan khidmat sosial sentiasa disusun atur selain keseronokkan bermotosikal dalam satu kumpulan dari pelbagai lapisan umur dan kuasa enjin.

Tahap kekuatan enjin yang berbeza tidak membezakan semua aktiviti yang ingin dijalankan bersama. Sungguhpun begitu, tahap keselamatan yang tinggi sentiasa di ambil kira. Jadi bagi pengguna jalanraya yang lain, sekiranya anda melihat 'konvoi' mereka ini, berilah laluan dan pentingkan keselamatan mereka kerana sekiranya berlaku apa-apa musibah pada kita yang berkenderaan besar ini, percaya atau tidak golongan bermotosikallah yang pertama akan berhenti memberi bantuan kerana mereka mudah meletakkan motosikal mereka dibahu jalan tanpa mengganggu lalulintas.


Jangan terlalu memandang rendah golongan ini, mereka juga mempunyai kenderaan sehebat anda. Cuma minat dan hobi membawa mereka lain dari yang lain.

Saya acapkali mendapat jemputan dari golongan 'bikers' ini untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti amal yang mereka anjurkan sepanjang masa. Lawatan ke rumah kebajikan, gotong royong, kenduri dan sebagainya adalah diantara aktiviti yang baik untuk dikongsi dan menggalakkan anak muda lebih cenderung kepada aktiviti sosial dari melilau tak tentu masa.

gambar cilok : Fb Redi Jamadi
text : SF (so fast)

Selepas dan Sesudah

Prinsip.. nak dijadikan pegangan sangat pun adakalanya bercanggah dengan kehendak semasa.  Jadinya pemilihan untuk menidakkan corak dan cara penelitian sesetengah pendapat juga bukan sesuatu yang mudah dipandang lewa.

Ekspidisi Jejak tak pernah terhenti untuk mengorak langkah mempelbagaikan pendapat dan berkongsi hiburan. Mengetengahkan aspek setia kawan serta memangku motivasi diri untuk menyatukan anak bangsa dari gejala sia-sia kepada mencerna idealogi sihat dan proaktif.

Bermula detik penghijrahan minda itu perlu mengorak langkah untuk merealisasikan satu 'trip' ringkas, padat dan santai bersama sedikit hiburan ringan untuk sama-sama menerokai alam yang bakal di jejak.

Sekitar bulan September 2012, satu 'trip' santai telah di atur dan disusun mengikut tahap stamina dan penjadualan ahli 'komplot' yang majoritinya aktif beriadah tahan lasak ini. Jika stamina yang jadi bahan ukuran, latihan perlu dijadikan rutin harian sebelum perlawanan beraksi.


Jejak kita bermula dengan satu kumpulan kecil yang membincangkan apakah modesoperandinya apabila menjelang ketika nanti dengan persediaan 'basic' hingga ke perbelanjaan keseluruhan. 'Wang hantaran' memainkan peranan penting, kerana bukan semua 'komplot' kita berada dalam keselesaan sentiasa. Namun tidak juga satu paksaan untuk teruskan jejak andai ada 'komitmen' lain perlu diutama.


Hanya bermodalkan RM100 (modal pusingan) ahli komplot sudah layak untuk menggalas 'trip' kali ini. Kesefahaman dan komunikasi sangat penting untuk memudahkan semua perancangan berjalan lancar. Untuk trip kali ini, 'organizer' telah menyiapkan atur acara tersendiri. Inilah yang menariknya apabila mengaturkan sesuatu aktiviti. Sesiapa yang mempunyai cadangan, mesti memastikan ianya dilaksana dengan sokongan dan idea ahli 'komplot' yang lain. Di situ wujudnya keserasian sesuatu aktiviti itu dapat dilakukan dengan licin dan kurang bermasalah.

Masalah tak akan lari dari mendatangi kita pada bila-bila masa pun, namun persediaan menghadapi dengan cekap dan pantas boleh menyelamatkan keadaaan. Asalkan saja undang-undang 'trip' difahami oleh semua. Kalau nak ikut kepala sendiri saja, jangan berkomplot, lakukan sendiri. Kita takkan menyakitkan hati ahli 'komplot' yang lain.

Perhentian demi perhentian perlu di sertai semua ahli dan tidak berpecah dalam satu kumpulan. Bila keadaan ini berlaku, sistem telekomunikasi mesti digunakan untuk memastikan yang kumpulan itu tidak berpecah jauh. Jadi, praktis seperti ini diperlukan dari bermulanya perjalanan lagi sehingga sebelum memulakan 'trip' yang sebenar. Di situ kita boleh menilai kelayakkan seseorang untuk di lantik menjadi ketua.

Mementingkan keselamatan disamping bekalan makanan yang mencukupi walau tak istimewa perlu di pantau oleh 'organizer'. Tapi kalau boleh dicapai 'penghantaran percuma' apa salahnya tak perlu bawak makanan. Bawa wang secukupnya sudahlah.


Memulakan ekspidisi dengan taklimat dan keterangan ringkas sedikit sebanyak dapat membantu ahli 'komplot' memahami konsep 'trip' dan mereka yang menyertai mestilah sedia maklum dengan aktiviti yang telah disusun atur untuk mengelakkan 'buat kepala' bila sesuatu aktiviti itu tidak disukai kita.

Itulah konsep kekeluargaan. jalinan ukhwah sedikit sebanyak boleh membentuk persepsi minda kita dari  dibelenggu tanggapan dan ketidak terbukaan. Jangan malu menyuarakan ketidak puasan hati untuk diperbaiki oleh ahli 'komplot' yang lain.


Mengakhiri ekspidisi dengan merakamkan memori bersama adalah satu matlamat yang jarang diperolehi oleh mereka yang tidak gemarkan aktiviti berpasukan.

*gambar rembat dalam FB Abeyy dan Satu dua
Text asal : SF (Sekelumit Falsafah) 
- tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun yang hampir mati.

Selasa, 24 Julai 2012

Kenyir


Salam pengunjung budiman. Wah, seronok bila dapat bersantai ditasik Kenyir tempoh hari. Bermula dengan jemputan sebagai marshall untuk acara Boat on the Road, hati sudah mula terpaut dengan ketenangan dan keindahan panorama dan destinasi ini bukan sekadar syurga bagi pemancing, juga bagi fotografer yang suka mengabadikan potrait lanskap yang serba hijau dan asli.


Di celah-celah rimbunan yang menghijau, setenang suasana itu, ada penghuni yang menjadi buruan kaki-kaki pancing menguji permainan gewang bermacam jenis. bukan sekadar memancing, pelbagai aktiviti santai dan menarik boleh disusun atur sesuai percutian bersama fanclub mahupun rakan-rakan dan juga keluarga.

Mana tidaknya, air terjun yang nyaman dengan keadaan fizikalnya seakan belum pernah dijejaki manusia lain sudah tentu menjanjikan keseronokkan uat pengunjung yang bertandang mencari kepuasan, ketengan dan berhibur cara terhormat.


Apa lagi yang ingin kita cari dalam suasana begini nyaman dan tenang? Berehatlah sepuasnya. Lupakan sebentar masalah yang memberatkan fikiran di bandar pesat dan sarat dengan tuntutan hidup. Hayati sepuasnya keindahan alam ciptaan Tuhan dengan hati dan  minda yang ceria. Jom kita ke Kenyir, lapangkan dada dan akal buat seketika.


Selasa, 5 Jun 2012

Kolam Air Tawar la pulok - Repost


Bila dah kaki pancing tu.. macam-macam la caranya agar dapat memancing juga. Di daratan, aku tak berapa pandai memancing ikan liar sama ada di lombong, sungai mahupun tasik. Maklumlah buta lubuk. Masih tak berapa mahir dengan teknik-teknik casting dan sebagainya.
dari kamera Tuan Izwan Yusof
Oleh kerana tiada pilihan selain pengalaman yang kurang, disebabkan terlalu extreamnya kegilaan terhadap hobi yang dilabelkan sukan ini, kolamlah menjadi tumpuan. Sebab dah tahu ada ikan. Cuma bagaimana nak menawan si penghuni kolam berbayar ini.


Bila terbit idea untuk merealisasikan midnight air tawar yang di ilhamkan oleh seorang pemancing dari p.net, aku membodek rakan sekepala untuk mengetuai acara tersebut. Oleh kerana kami semua tiada pengalaman memancing kolam berbayar air tawar ini, maka r n d perlu dilakukan untuk memastikan apakah teknik dan umpan yang sesuai untuk menjerat penghuni kolam.
dari kamera Tuan Azhar

Maka bermulalah testing demi testing... sampailah berjumpa formulanya...iaitu bancuhan dedak dan ramuan makanannya. Pelik-pelik makanan ikan air tawar ni tak seperti memancing ikan laut/air masin. Sebab tu ramai pemancing air tawar ni kadang-kadang(tak semua) agak kedekut ilmu dan ada yang sanggup tipu umpan, rahsia kononnya. Maklumlah, umpan cari makan.


Dari penyediaan perambot mata kail.penyediaan umpan, sampai la ke spot lubuk pun nak kena kawtim untuk memancing kolam ni. Pelbagai tanggapan dan andaian aku buat untuk pastikan teori pemancing-pemanicng ni tak betul. Namun nampaknya teori aku yang tak betul dan perlu ikut rentak dan cara pemancing kolam berbayar air tawar. Lain kolam lain caranya.

dari kamera Tuan Azhar

Begitulah bermula episod memancing kolam berbayar kolam air tawar yang dah lama aku tinggalkan sejak tak duduk Pahang. Dulu masa bekerja di Pahang, tu je la hiburan yang ada semasa bujang. Tapi cara dulu dengan sekarang agak berbeza. Dulu umpannya hanya dedak bancuh untuk boleh dikatakan semua spesis ikan. Sekarang ni macam-macam la pulak. Dari hasil R n D tersebut maka membuahkanlah hasil dan menjadikan aku seorang penagih. Menggigil kalau tak memancing seminggu. Tambahan pula ikan yang dipancing boleh dijual balik pada pihak kolam ataupun akan ada mat-mat bangla yang akan borong ikan tersebut dan ada masa untung banyak.

                                                                              'gambar milik tuan Izwan Yusof'

Tapi setakat ni, ini saja spesis yang aku expert di kolam ni. Lepas ni banyak lagi kajian dan R n D untuk memerangkap spesis lain pula. Mungkinkah nasib baik menyebelahi aku? Entah lah...

Hasil Pancingan Ku

updated : 10.12.2012

Rabu, 1 Februari 2012

Awal 2012 - Puas


Oh Pening... (Opening)
Salam sejahtera aku ucapkan kepada pengunjung laman blog asal boleh ni, khas aku wujudkan untuk koleksi segala aktiviti memancing yang pernah dan telah aku laksanakan sama ada denga jaya atau kurang berjaya.

One Phantom Bank
Pada akhir 2011, aku berjaya meluangkan waktu yang sempit dengan mengikuti satu aktiviti memancing dilokasi yang dah lama aku teingin nak pergi namun tak kesampaian. Setelah hampir setahun rasanya inginan tu berlaku dan akhirnya berakhir pada Disember 2011 di suatu pagi dan trip yang sangat baik kerana aku hanya tidur sepanjang masa.

Ni lah akibatnya selalu kurang tidur. Ada masa begini akan habis dengan tidur sajaaa...

dari port klang ke ofb

----------------------------------------------------------------------------------------------------





Bertarikh 1.1.2012 bersama kekuatan yang tidak seberapa, apa bila janji sudah terpatri, perlaksanaan perlu di lakukan.
Trip santai pangkor sebagai pembuka lebaran dunia pancing ku dengan ditemani rakan-rakan sejiwa. Sewaktu loading barang, terpikir2 juga di otak, keciknyer boat ni.. ok ke tak ok ni... hehe..

Dari klang ke setiawan sebenarnya tidak la jauh sangat. Tak perlu pun bermalam untuk satu trip memancing... tapi sebab nak jumpa kawan2 di sana dan juga nak rehat yg cukup untuk game sepanjang hari, ada yang perlu tempat tidur.

Aku dengan hasil ke tiga lesen terbaru pertama kali.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba alun dan menduga perairan pangkor, boleh roger².. kos sekepala cuma RM130, siap makan dan umpan. Tempat tido takda la yer.. nak tido kena check in chalet atau hotel di sana.


Cerita banyak pun tak berapa sesuai.. gini ler hasil keseluruhan bukan hasil sorang. Tapi masih tetap berbaloi-baloi... Cukuplah nak buat lauk untuk seminggu... dah habis stok dalam frezer nanti kita mancing lagi yer...



bot kami.. sewa


Isnin, 30 Januari 2012

Curut saja..

hasil mengelamun seorang diri 29/01/2012

Akhirnya dalam satu ujian kesabaran yang amat jelas setelah seharian kumpow semalamnya.. berjaya juga menaikkan seekor saja haruan curut... di port rahsiaaa....... hehe... sudah terkena karen.. jawab ler...

Sabtu, 28 Januari 2012

Orang ber blog.. aku pun nak ada juga.. tapi nak buat macam mana.. aku tak boleh satukan semua bahan dalam satu laman blog kerana ianya  berlainan unsur dan faktor dimana blog ini adalah blog yang menceritakan perihal hobi dan aktiviti-aktiviti santai yang boleh di katakan tangkap muat je...

Dalam seminggu dua ni ada memang pergi memancing di lokasi-lokasi misteri yang masih dara namun belum membuahkan hasil yang boleh dikategorikan sebagai tangkapan.

Kena pula hanfon yang ada camera jarang aku bawa kemana-mana.. Nak beli kamera ongkosnya enggak ada... tu yang kurang nak menulis kerana tulis tanpa gambar ni kurang menarik bagi aku.. Ialah, bukanlah gambar boleh menceritakan segalanya, tapi sekurang-kurangnya menjadi pencuci mata dari membaca je berpanjangan... 

Menguji lubuk yang agak menarik semalam mendatangkan kegeraman kerana kerana kelibat sang ikan mengejar gewang plastik lembut (Soft Plastic) memberi 2 kali tekanan pada aku. Spesis ikan yang mengejar dek kerana geram melihat gewang menari-nari dihadapannya.. diterpa sang ikan tapi tak menjadi apa kerana yang menerpa tu masih dalam lingkungan awal remaja yang dapat aku lihat dari bayangan di dalam air dengan kanta mata pambias bayang ini (polarized).

Petang semalam di dua lokasi yang tidak berapa jauh, habis semua gewang cap itik dah aku campakkan.. mungkin latihan baru bermula dan ujian tahap kesabaran untuk terus dan terus belajar untuk menjadi bangaw..


Jumaat, 20 Januari 2012

Slank / Istilah

..... Istilah atau slank dalam dunia pancing kadang-kadang lucu bunyinya. Antara istilah-istilah popular yang biasa aku dengar dan rasanya faham..

Kumpaw + Bangaw - Mangkaw = Buta tak dapat ikan

Pump / Pam = Henjutan joran dari lenturan ketika aksi perlawanan dengan ikan

Karau = Spin / kayuh pedal pemegang kekili.

Perambot /leader = Tali tangsi lut sinar (biasanya) penyambung antara tali utama dan diikat pada mata kail

Casting = Melakukan balingan dan karau (tapi di Malaysia bila sebut casting mereka kaitkan dengan gewang)

Gewang = Umpan tiruan sama ada plastik lembut/keras / kayu / keluli.

P.E / Poundage = Kesesuaian joran dengan tali utama (main line)

Cincin / Guide = Meterial yang di ikan pada joran sebagai laluan tali utama.

tulah antara istilah-istilah yang sering diguna pakai pemancing.. jadi kalau yang baru-baru nak belajar memancing tu mungkin agak janggal dengan perkataan-perkataan tersebut... jgn malu2.. tanya je... apa kebenda tu..

Rasanya banyak lagi istilah-istilah dunia memancing ni.. cuma mungkin lain tempat lain istilahnya.. itu tak termasuk lagi nama-nama spesis ikan yang aku sendiri pun banyak tak tau.. Sebab tu tak suka pergi memancing sorang2 skrg ni.. takut tak biasa dengan ikan2 tertentu.. kena sengat pulaa... dah keras sorang2... hehehe...

Bukan Pertama Kali..

Sebelum mengenali dan mendalami dah jadi kebiasaan kalau kumpau bin bangau ni. Namun sejak pertama kali dapat lesen, hinggalah 3 hari lepas rasanya belum pernah aku selemau semalam.

Bukanlah marah atau geram, tapi mungkin mood tak berapa menentu menyebabkan kekumpauan berlaku. Tak tau dimana silapnya. Frust jugalah 4 jam menunggu dan menunggu... dihenjut berkali-kali... namun hanya sisik yang dinaikkan.

Isnin, 16 Januari 2012

Sekali Sekala

Malu ku nak cerita.. kerana ku tak reti casting sebenarnya.... Tak faham dan tak faham-faham kesesuaian gewang-gewang untuk sesuatu kawasan dan spesis. Jadi ku hentam saja gewang yang biasanya killer namun hasilnya....

Jumaat, 13 Januari 2012

Puasa Memancing

Agak janggal juga bila mana terpaksa berehat seketika dari aktiviti yang aku ibaratkan sebagai rokok ni. Tapi ini bukan pertama kali aku merehatkan pergelangan tangan yang masih tak sembuh ni dari aktiviti yang bakal membekakkannya kembali.

Masa pergelangan tangan kanan aku retak dulu pun lama juga aku bercuti. Bila dah mula balik dengan agak extream, ia mula membengkak kembali. Urut sendiri ler. Sebab tu adakalanya aku akan mengenakan sarung tangan atau wrist guard bagi mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa. 

Isnin, 9 Januari 2012

Satu

Dalam satu laman forum aku mula mengenali ramai kaki-kaki pancing yang ada di sekitar yang sebelum ini aku tak pernah tau dan kenal. Dari borak-borak, sembang-sembang, bahan membahan, timbul idea tak berapa cerdik dari aku untuk wujudkan persatuan sedikit masa dahulu. Lalu bermacam-macam lah respon sama ada yang menyokong mahupun membidas. Biasalah, bila takda keistimewaan untuk kepentingan peribadi mulalah membidas.. hehe...

Jumaat, 6 Januari 2012

Bila Dah Geram


"Gambar di atas takda kene mengena dengan cerita ini. sekadar menyibukkan diri sahaja.. hehe"



 Semalam adalah cuba umpan untuk pertandingan memancing ni, dalam 3 jam memancing tu boleh la dapat 3 ekor saiz sederhana.

Rabu, 4 Januari 2012

Masih Bercuti..



Keadaan masih belum reda.. Benak melayan karenah manusia yang tak habis-habis dengan macam-macam. Suka mencampuri urusan orang lain, penyibuk.
Dari memikirkan mulut bangkai, aku teringat hal trip memancing tempoh hari. Rakan dari klang ada sewa bilik di sebuah resort area lumut. Dalam perjalanan pulang dari sana, tiba-tiba aku terfikir nak tau. Berapa kos sewa bilik di situ? Mungkin kalau ada kesempatan dan rezeki lebih, boleh la nak merasa tidur atas katil di resort berkenaan.

Selasa, 3 Januari 2012

Sekarang Apa pula?


Berpijak ditahun baru 2012 dengan satu cara hidup tak menentu membuatkan dunia pancing ku kini menjadi medan pertaruhan untuk meneruskan kehidupan.

Pelbagai projek semakin benak dalam kepala. Namun yang pasti, trip2 sedia ada diteruskan dan menghadirkan fantasi ke alam realiti akan di zahirkan.